Monday, October 31, 2011

POSTER BERSIH; TIGA PEMUDA PAS DUNGUN DILEPASKAN

BO - Mahkamah Majistret di sini pada Ahad 30 Oktober, telah melepaskan tiga pemuda PAS Dungun yang dituduh membawa dan menambal poster BERSIH.

Menurut sumber Pemuda PAS Dungun, majistret melepaskan tanpa membebas ketiga-tiga tertuduh setelah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes tersebut.

Ekoran arahan tersebut, Suhaimi bin Mohamad 30, Farid Izzat bin Din 21 dan Zulkifli bin Jusoh, 40, telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh majistret

[Gambar - Suhaimi (berbaju petak di baris belakang dua dari kanan), Farid Izzat (berbaju putih tiga dari kiri), Zulkifli (hadapan, dua dai kanan), ceria bergambar bersama peguam dihadapan Mahkamah, setelah di lepaskan oleh majistret]

Peguam Fathi Aziz Abu Bakar (Gambar baju kot) dari firma Aziz & Co. mewakili pemuda PAS terbabit dalam perbicaraan kes yang berlangsung di Mahkamah Majistret Dungun.
Turut hadir adalah beberapa Ahli Jawatankuada Pemuda PAS Dungun dan para penjamin.

Sebelum ini, menurut fakta kes, ketiga-tiga pemuda tersebut telah dituduh di atas dua pertuduhan yang berasingan.

Pertuduhan yang pertama adalah, mereka dituduh membawa poster BERSIH dan bagi pertuduhan yang kedua adalah menampal poster BERSIH di bawah sebatang pokok.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template