Friday, October 21, 2011

PENGUMUMAN BAJET 2012; AHMAD SAID 'PENING KEPALA'

BO - Menteri Besar Terengganu mengakui, beliau 'pening kepala' ekoran pengumuman bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Menurutnya, pengumuman pembayaran bonus kakitangan kerajaan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mencari kewangan sebanyak RM18 juta.

"Nak bayar bonus, kita pening kepala, nak raya baru ni PM isytihar bayar RM500 bonus, saya pening kepala dah, sebab (nak bayar bonus) RM500, kita (kena belanja) sekarang RM18 juta (kepada) kakitangan awam dan badan berkanun,

"baru ni (bajet 2012 PM) isytihar pula, RM500 (setiap kakitangan) RM18 juta pula (kena belanja),"ujarnya pada Majlis Pengagihan e-Book Kepada Pelajar Tahun 4 Dun Rantau Abang bertempat di Sekolah Menengah Pulau Serai, Ahad 16 Oktober, dekat sini.

Katanya, peruntukan untuk membayar bonus kakitangan sebanyak RM18 juta tersebut tidak diperuntukkan dalam bajet menyebabkan kerajaan 'menggelepar' mencari kewangan.

Ahmad Said turut mengeluh, tindakan Najib 'yang sedap' mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan juga menyebabkan kesusahan kepada Menteri-menteri Besar di negeri-negeri.

"PM sedap sangat sebt, isytihar bayar bonus bayar apa, kita kena kejar nak pitih di mana,"katanya.

Dalam pada itu, seorang bapa kepada pelajar mengadu, beliau menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam pemberian komputer riba 'E-Book' kepada murid-murid sekolah.

Beliau yang enggan dikenali berkata, kerajaan sering mengungkit apa-apa pemberian, termasuk pemberian E-Book kepada rakyat, kononnya ia satu daripada program 'Merakyatkan Pembangunan' negeri Terengganu.

"rakyat tidak pernah mengungkit, berapa banyak kena bayar perkhidmatan dan pelbagai cukai kepada kerajaan, kerajaan Terengganu belanja kerana hasil minyak, itu memang hak rakyat,"katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang juga ADUN Rantau Abang, Dato' Zaaba Mohd Adib telah menggunakan Majlis Pengagihan e-Book tersebut sebagai medan berkempen politik pilihanraya.

Beliau meminta hadirin terus memberikan sokongan dengan menjanjikan pembangunan hospital, Maktab Rendah Sains Mara dan peruntukan sebanyak RM10juta bagi membuang pasir dan 'beting' di muara sungai.

1 comments:

jawapan bodoh untuk si bangang on October 21, 2011 at 5:01 PM said...

dia bukan pening nak cari 18m tu,yang dia pening tak boleh songlap 18m tu la.apa cerita nak cari duit?mana ada depa cari duit?keje depa perabih duit royalti tu la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template