Sunday, October 30, 2011

PASTI KALAHKAN TADIKA KEMAS DI PULAU REDANG!

BO - Kesempatan menghadiri perasmian ihtifal PASTI Pulau Redang baru-baru ini mengungkap banyak perkara yang selama ini tersembunyi di seberang Laut China Selatan dari makluman umum.

YDP Setiu turut hadir, berbaju batik kuning adalah ketua PAS Cawangan

PASTI Pulau redang dengan kapasiti 24 orang pelajar sebenarnya mengatasi jumlah pelajar TADIKA KEMAS yang hanya memiliki seramai 20 pelajar. Lebih membanggakan, beberapa orang pelajar adalah anak-anak AJK Umno cawangan yang dikhabarkan bapa mereka pernah menerima surat tunjuk sebab dari Pengerusi JKKK atas tindakan mereka menghantar anak-anak belajar di PASTI.

Kemeriahan ihtifal memang sangat terasa terutamanya ketika sesi sukaneka pada petangnya dengan kehadiran masyarakat sekitar termasuk wakil dari Balai Polis Pulau Redang, Klinik Kesihatan Pulau Redang serta Tuan Imam Masjid Pulau.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Suatu ciri unik yang agak menarik perhatian saya adalah pergaulan masyarakat setempat yang kelihatan begitu rapat dengan sempadan fahaman politik dilihat tidak begitu dijadikan pemisah dalam perhubungan seharian. Kehadiran gadis-gadis yang tidak bertudung dan turut serta mengambil bahagian dalam acara sukaneka, bagi saya yang melihat dari sudut pendekatan dakwah, adalah suatu perkembangan yang sangat baik kerana mereka sedia memaklumi bahawa penganjur ihtifal dan sukaneka adalah Parti Islam Semalaysia! Ertinya ada tembok pemisah yang berjaya dirungkai oleh kepimpinan PAS Cawangan Pulau Redang. Sekalung tahniah untuk mereka.

Pelajar PASTI yang sedang mempersembahkan hafalan doa adalah anak seorang AJK Umno cawangan

Untuk rekod, sebenarnya prestasi UPU Pulau Redang dalam PRU 12 yang lalu adalah sangat memuaskan dengan angka kekalahan hanyalah sekitar 100 undi, pencapaian yang mampu mengatasi banyak UPU-UPU di tanah besar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template