Wednesday, October 26, 2011

Pasca kematian Gaddafi: Amerika suka memanfaatkan revolusi

HHRS 2.0 - Umat ​​muslim pasca kematian Gaddafi mesti berwaspada. Niat mereka untuk menegakkan Islam di Libya terdedah untuk dimanfaatkan Amerika Syarikat.

"Rakyat Libya memang berjuang untuk menegakkan Islam, namun mereka harus hati-hati kerana Amerika suka memanfaatkan revolusi." Tegas Ustaz Abdul Rahman Al-Baghdadi kepada Eramuslim.com, Selasa 25/10.

Sememangnya Amerika selalu mengekori misi tertentu di sebalik gerakan kebangkitan umat Islam. Jatuhnya Gaddafi di tangan pemberontak mungkin akan mengerakkan kepentingan musuh-musuh Allah.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Dewan Transisi Libya (NTC) sendiri sebelum terbunuhnya Gaddafi sudah melakukan hubungan dengan Hillary Clinton. Kerana umat Islam perlu meluruskan kembali niatnya, termasuk tentera yang menyokong pemberontak.

Sekalipun Amerika kemudiannya akan melakukan pencerobohan, langkah tersebut hanya akan menjadi bencana bagi negera mereka. Menurut Ustaz Abdul Rahman, kes Iraq adalah bukti konkrit dari tindak balas umat Islam. Meskipun dengan gempuran tentera melantahkan Iraq, dari situ tumbuhnya militans jihad.

"Mereka (mujahid) tidak takut diserang. Mereka malah senang, kerana amalan jihad terhampar di hadapan mereka. "jelasnya.
Diterjemah dari eramuslim.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template