Monday, October 17, 2011

Mustahil Ratu Elizabeth sengaja berpakaian kuning


KD - Adalah mustahil Ratu Elizabeth II sengaja memakai pakaian berwarna kuning ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya pada 14 Julai lalu.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata demikian terhadap jawapan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay, yang mengandaikan Ratu Elizabeth sebagai ‘ceria, gembira, dan bahagia’ ketika memakai baju berwarna kuning itu.
“Apakah kerajaan mentafsir tanpa membuat kajian? Atau adakah ia secara kebetulan dan tak memberi apa-apa mesej?,” Soal Sivarasa dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Kuning merupakan warna tema Bersih 2.0 yang mengadakan himpunan pada 9 Julai, namun menerima tekanan hebat daripada kerajaan apabila ratusan peserta ditangkap, manakala ribuan yang lain dibelasah dan disembur dengan gas pemedih mata.
Selain di Kuala Lumpur, himpunan sama turut diadakan di puluhan bandaraya di seluruh dunia seperti di Kota London, Perth, Australia, Christchurch, New Zealand dan Seoul, Korea Selatan.
Tindakan keras kerajaan menangani perhimpunan itu, telah membawa kecaman hebat dunia antarabangsa, termasuk isyarat oleh Ratu Elizabeth ketika menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak dengan berpakaian kuning,
Terdahulu, Sivarasa dalam soalan bertulisnya meminta Kementerian Luar menyatakan sama ada tindakan Ratu Elizabeth II itu menjejaskan hubungan Malaysia dengan United Kingdom.
Menegaskan tindakan Baginda Ratu England itu tidak boleh dipandang ringan, Sivarasa berkata, setiap reaksi Ketua Negara yang dilawati mencerminkan pandangannya.
“Istana Buckhingam ada protokol dan setiap langkah yang dibuat perlu diteliti. Seminggu iaitu pada 9 Julai sebelum Perdana Menteri ke Britain, telah berlaku himpunan di Malaysia.
“Malah semasa Najib sampai ada bantahan dari penduduk London dengan berpakaian kuning. Ia tak boleh dipandang ringan. Kerajaan mesti lakukan siasatan,” kata Sivarasa

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template