Tuesday, October 25, 2011

Mufti Besar Libya: Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan

HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat."

Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia."
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya. Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.

Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.
Diterjemah dari fiqhislam.com

7 comments:

JAKA said...

ulamak yg paling dekat dgn senario di libya paling wajar memberi pandangan.

kita yang jauh ini tidak tahu menahu hanya bersandar berita2 saja tidak layak memberi pandangan.

sekejap berita tentang keburukan dia. sekejap berita tentang kejahatan dia.

serahkan saja perkara ini kepada bijak pandai alim ulamak di sana.

kita yakin ulamak memberi pandangan berdasarkan ilmu dan mungkin juga munajat kepada Allah swt.

Wallahualam

Anonymous said...

Sesungguh nya Allah maha mengetahui, jadikan apa yg berlaku kepada Gadafi sebagai pengajaran kepada pemimpin-pemimpin dan semua umat. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu untuk di hayati dan di renungi.

HJ LUTFI BIN HJ ABU HANIFAH on October 25, 2011 at 1:20 PM said...

Assalamualaikum wbt,

Kemungkinan ulamak berkenaan adalah ulamak cari makan

ghostdart on October 25, 2011 at 4:02 PM said...

Hj Lutfi: seorang haji berkata2 bagai org yg x berakal...memulakan bicara dgn mengucapkan sejahtera namun mengakhirinya dgn tuduhan melulu terhadap seorang ulama negara lain. Ulama cari makan?alangkah berdosanya anda sekiranya tuduhan anda tidak benar....Islam mengajar kita untuk menjaga tutur kata yg diketahui boleh mengundang dosa, dan melayu mengajar kita kerana mulut badan binasa....mungkin tuan haji boleh menjaga jari tuan haji daripada menaip dan menyebarkan tuduhan tidak berasas ini dan mencemarkan imej seorang ulama yg anda sendiri tidak kenali? kalaupun hendak menuduh, sertakanlah buktinya juga jika ada...
niat sebenar mufti tu keluarkan statement demikian hanya allah yg tahu. anda yg tidak mengetahui pergolakan sebenar di Libya tak layak untuk berckp dan menuduh sebegitu rupa.yg kita tahu sekarang adalah berita yg disogokkan oleh media dunia...kalau ilmu hanya sejengkal, jangan bercakap mcm org yg tahu segalanya....ini boleh mengundang dosa kpd anda dan org2 yg percaya serta menyebarkan tuduhan anda tu....
hmmm, nampaknya zaman sekarang senang benar org nk berkata-kata memburukkan ulama ya? tanpa bukti pulak tu...ish ish ish....

Anonymous said...

Hanya ALLAH yang tahu.Itulah yang terjadi kepada pemimpin yang tak mahu mengikut Al Quran dan Sunnah.Ingatlah wahai pemimpin di Malaysia...jangan diri kamu nanti terjadi seperti yang dialami oleh Ghadafi.Insaf lah wahai pemimpin-pemimpin UMNO.

Anonymous said...

asmkm. kata mufti BESAR libya tu ghadafi kafir kerana sebagai muslim dia tidak ikut alquran dan sunnah maka termasuklah mufti tu dan kita semua. Wbp jenazah hendaklah ditanamkan segera jangan pamirkan lama2. bagi saya puak NTC tu tunggu arahan NATO /amerika nak buat macam mana dgn jenazah tu.....wslm

Anonymous said...

asmkm ghostdart. ingatan saya pada sdr, ingatlah kata2 mufti tu antaranya ialah mana2 muslim yg xikut alquran dan sunnah adalah kafir... wslm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template