Sunday, October 23, 2011

Marah dan 'meluat' melihat papan tanda besar (billboard) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

MANIFESTO PAS SEMARAKKAN KEMARAHAN RAKYAT KEPADA UMNO/BN
BO - Tawaran Menifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) PAS Terengganu yang bertema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' menyebabkan rakyat setempat semakin marah dan 'meluat' melihat papan tanda besar (billboard) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di bandar Chukai, disini.

Lima tawaran 'awal' PAS Terengganu diumumkan Pesuruhjayanya Haji Mohd AbdulWahid Endut termasuk komitmen PAS untuk menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 akan datang.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Trengganu, Haji Hanafiah Mat, orang ramai yang berjumpa dan menghubungi menyifatkan billboard MPK adalah merupakan 'ugutan' terhadap rakyat.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Ramai yang berjumpa saya dan menghubungi saya, selepas manifesto PAS dilancarkan, mereka marah dan meluat melihat signboard MPK,

"mereka berkata kerajaan Umno/BN tidak berhak ugut rakyat tentang masalah cukai pintu,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Dana PRU13 di sini, Jumaat 21 Oktober.

Katanya, tawaran dalam manifesto PAS menunjukan keperihatinan kerajaan yang bakal dipimpin PAS untuk melaksanakan kebajikan yang berterusan kepada rakyat negeri Terengganu.

Beliau menolak dakwaan bahawa 'janji PAS' itu adalah janji-janji kosong kerana PAS sudah melaksanakannya ketika memerintah pada tahun 1999 hingga 2004.
"Tawaran PAS mengecualikan cukai pintu kepada rumah kediaman adalah hak rakyat untuk mendapat kebajikan kerana negeri Terengganu mendapat hasil yang banyak melalui royalti minyak,

"ia bukan janji kosong kerana kita telah laksanakannya pada tahun 1999 hingga 2004, sekiranya diberi mandat kita cuma menyambungnya,"jelasnya.

Menurutnya, walaupun kerajaan akan kehilangan hasil sekitar RM24 juta, ia akan dapat ditampung melalui pengurusan cukai premis perniagaan, industri dan perkilangan secara efektif.

Katanya, dengan pengecualian cukai pintu rumah kediaman tersebut, rakyat tidak perlu gusar lagi kediaman mereka akan disita atau dilelong sebagaimana 'ugutan' di paparkan pada biiboard MPK

Beliau menganggap kerajaan Umno/BN angkuh dan sombong apabila bertindak mengugut rakyat.

Justeru beliau saya yakin keangkuhan Umno dan BN akan diajar oleh rakyat melalui peti undi pada PRU13.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template