Monday, October 31, 2011

Manusia ke-7 Billion Telah Lahir di Filipina

Manusia ke-7 Miliar Lahir di Filipina
HHRS 2.0 - Filipina menyambut kelahiran bayi yang merupakan manusia ke tujuh bilion di dunia ini. Bayi perempuan itu akhirnya diberi nama Danica May Camacho.

Danica lahir dengan berat 2,5 kilogram di Hospital fabella Memorial yang terletak di Manila, Filipina. Kelahiran Danica menarik perhatian media seluruh dunia.

"Dia sangat cantik, saya tak menyangka, dia akan menjadi manusia yang ke tujuh bilion di dunia ini," ujar ibu Danica, Camille Dalura, seperti dikutip AFP, Isnin (31/10/2011).

Danica merupakan buah hati kedua dari Camille Dalura dan suaminya, Florante Camacho. Ibu bapa Danica bertemu dengan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang datang dengan membawa hadiah berupa kuih ke hospital. Para media juga kelihatan memenuhi hospital tempat kelahiran Danica dan menyerlahkan kelahiran manusia ke tujuh bilion tersebut.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Bayi kecil ini juga mendapat hadiah berupa biasiswa kajian dari beberapa penderma yang merupakan warga Filipina.

Kelahiran manusia ke tujuh bilion itu juga disambut oleh Lorrize Mae Guevarra yang merupakan manusia ke enam bilion di dunia ini. Lorrize lahir pada 1999 lalu dan sekarang, dia sudah berusia 12 tahun.

"Saya sangat gembira melihat bayi yang sangat comel ini. Saya berharap Danica akan membesar sihat dan disayangi ramai," ujar Guevarra.

Menurut laporan dari Dana Kependudukan PBB (UNFPA), Filipina merupakan salah satu negara yang padat dengan penduduk. China masih menduduki tangga teratas sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar. Jumlah warga China ketika ini seramai 1,35 bilion orang, diikuti pula oleh India dengan jumlah penduduk 1,24 bilion orang, dan Filipina di tangga ke-12. Populasi penduduk Filipina mencapai 94,9 juta orang. Diterjemah dari fiqhislam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template