Wednesday, October 19, 2011

MANIFESTO PAS TERENGGANU USIK EMOSI UTUSAN DAN PEMIMPIN UMNO

BO - Manifesto PAS Terengganu yang dilancarkan semalam seakan mengusik emosi Utusan Malaysia dan pemimpin Umno di negeri Terengganu.

Semuanya gara-gara Pesuruhjaya PAS Negeri Haji Mohd Abdul Wahid Endut antara lain mengumumkan bahawa partinya bersedia mengambil komitmen untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang membabitkan kira-kira 17,000 belia jika diberi semula mandat membentuk kerajaan negeri Terengganu di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Penangdaily memetik Utusan Online yang dikatakan antara lidah tidak rasmi Umno melaporkan "Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih PAS memerintah".

Portal berkenaan antara lain menyebut, "Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya."

Sesawang itu turut mempertikai hasrat murni PAS Terengganu mahu melaksanakan polisi 30 hari cuti bergaji bagi kakitangan wanita yang kematian suami sebagaimana disebut dalam manifesto parti berkenaan.

Utusan seakan menggambarkan PAS tidak mampu melaksanakan manofesto tersebut jika diberi mandat kelak.

Antara alasan yang dilaporkan dalam sesawang berkenaan adalah rekod pemerintahan PAS di Terengganu sebelum ini yang menghapuskan cukai pintu serta menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi rakyat.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, PAS menghadapi maslaah kewangan disebabkan mahu melaksanakan dua polisi berkenaan.

Bagaimanapun ahli akademik berkenaan tidak pula menjelaskan punca sebenar masalah yang dihadapi oleh kerajaan PAS Terengganu ketika itu, iaitu dinafikan hak menerima royalti minyak oleh kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno Barisan Nasional sebagaimana yang dihadapi oleh kerajaan PAS Kelantan hari ini

Sementara itu, Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan turut 'gusar' dengan manifesto PAS tersebut.


Beliau memberi komen, menurutnya, setiap kali pilihan raya PAS akan melancarkan manifestonya, namun apa yang menjadi persoalan adalah sejauh mana manifesto itu mampu dilaksanakan

ManakalaKetua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, manifesto PAS kononnya hanya mampu menabur ‘gula-gula’ untuk memancing undi, sedangkan katanya PAS tidak mampu menjamin apa-apa perubahan kepada rakyat.

“Rakyat perlu melihat negeri-negeri yang diperintah pembangkang, yang kini rakyatnya menderita malah tiada berlaku pun dalam negeri pentadbiran mereka seperti mana dilakukan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Manifesto dilancarkan Pas ini dilihat mampu mencuit hati rakyat tetapi ia hanya sekadar sebuah janji manis untuk menghadapi pilihan raya,” katanya mengulas lima manifesto awal akan dilaksanakan Pas jika parti itu memerintah negeri ini.

Lima manifesto itu termasuklah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas BN, menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tiga tahun, cuti sebulan bergaji kepada wanita kematian suami dan menyediakan skim khas rakyat miskin.

1 comments:

misnona on October 19, 2011 at 10:34 PM said...

umum mengetahui rakyat trengganu menderita di bawah umno. sebab gaya umno adalah gaya elitis dan borjuis melayu. gaya pas kebalikan darinya. melayu menderita di bawah payung 1Malaysia. rakyat perlu sedar untuk berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template