Saturday, October 22, 2011

Makam Gaddafy dirahsiakan

HHRS 2.0 - Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Ghaddafy disemayamkan di Misrata, bandar yang menjadi simbol gerakan pemberontakan terhadap pemerintahannya, Khamis (20/10/2011).

Di bandar itu, jenazah orang yang pernah sangat berkuasa di negera tersebut menjadi satu tontonan. Setiap orang boleh menontonnya. Mereka juga bergambar menggunakan telefon.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Tidak jelas sampai bila-bila jenazahnya akan dipertontonkan kepada umum. Belum ada keterangan rasmi kerajaan tentang bila dan di mana Ghaddafy bakal dimakamkan secara layak.

Sejumlah pegawai kerajaan peralihan Libya mengatakan,Ghaddafy akan dimakamkan "secara rahsia".

Setelah berkuasa selama 42 tahun, Ghaddafy digulingkan dalam pemberontakan rakyat. Dia terbunuh pada hari Khamis setelah para pejuang mengepungnya di Sirte, bandar kelahirannya.

Ghaddafy , yang meninggal di usia 69 tahun, adalah ketua negara pertama yang terbunuh dalam gerakan Arab yang berlaku di Timur Tengah sepanjang tahun ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template