Saturday, October 8, 2011

Lepas stadium dan hentian bas runtuh, kali ini Masjid Al-Redha pula bakal runtuh? redha je lah

Dulu stadium Sultan Mizan runtuh, lepas tu hentian bas Kuala Berang runtuh, Sekolah Menengah Ajil runtuh, masjid Kampung Puteh Kemaman runtuh, lepas ni masjid Al- Redha pula bakal runtuh. Redha je lah membangun bersama Barisan Nasional. Wang rakyat runtuh bersama BN, redha, redha...

MASJID BERHARGA RM1.2 JUTA BAKAL RUNTUH?
BO - Sebuah masjid di Terengganu yang berharga RM1.2 juta dibina ketika Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh kini heboh diperkatakan oleh penduduk setempat bakal ‘runtuh’.

Berdasarkan maklumat penduduk, Skuad Buletinonline segera membuat tinjauan serta mendapat ada asas kebenaran dakwaan tersebut.

Ini kerana, berlaku mendapan serius hampir keseluruhan lantai Masjid Al-Redha di Kampung Manir tidak jauh dari Pekan Manir.
Sumber Buletinonline memaklumkan kejadian lantai mendap telah lama berlaku sedikit demi sedikit sejak dua tahun lalu.

Manakala, kejadian mendapan yang teruk berlaku lebih dua minggu lalu dan kerja-kerja membaik-pulih segera dilakukan pihak berkuasa.

Penduduk sekitarnya memaklumkan masjid berkenaan baru dibina sekitar lima tahun lalu bagi menggantikan yang asal diperbuat daripada kayu cenggal.

Malah, Masjid AlRedha tersebut pernah dikunjungi oleh Yang Dipertuan Agong, Tunku Sultan Mizan Zainal Abidin serta Pemangku Raja Terengganu.

Seorang penduduk, Samsul Bahri Salleh melahirkan rasa kebimbangan dengan kejadian mendapan lantai Masjid al-Redha.

Katanya, jika lantai mendap dengan serius dibimbangi menjejaskan struktur kerangka keseluruhan masjid berkenaan.

“Bayangkan, jika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku pada hari Jumaat sudah pasti boleh meragut nyawa orang ramai.

“Saya bimbang dan minta pihak berwajib terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan menyeluruh dari aspek keselamatan struktur masjid ini,” jelasnya.

Menurutnya, kerja-kerja membaik-pulih sedang dilakukan di bahagian jamaah muslimat dan ruang utama masjid juga serius.

Malah, katanya ‘serangan’ anai-anai juga serius menyebabkan banyak kitab-kitab al-Quran serta almari rosak.

Difahamkan, Masjid Al-Redha tersebut mempunyai tiga orang imam dan bilal yang bertugas mengikut giliran masing-masing.

Seorang Ahli Jawatankuasa Masjid yang enggan disebut namanya berpendapat mendapan lantai masjid mungkin berpunca dari projek “mee segera”.

Katanya, ketika zaman pemerintahan MB Idris Jusoh banyak projek-projek kerajaan yang menggunakan Dana Khas (Wang Ehsan).

Menurutnya, wang dana khas adalah wang royalti yang ‘dirampas’ sewaktu kerajaan PAS Terengganu.

“Kita lihat bagaimana bumbung stadium Gong Badak runtuh, bumbung masjid di Kemasik runtuh, makmal sekolah runtuh, menara di Besut runtuh dan banyak lagi.

“Kami (penduduk) bimbang masjid ini juga boleh runtuh jika struktur lantai sudah berlaku mendapan serius,” ujarnya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Jiwa Hamba on October 8, 2011 at 10:38 PM said...

di bawah umno semuanya bakal runtuh. paling teruk akhlak dan akidah anak-anak muda pun turut runtuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template