Monday, October 10, 2011

Lapan rakyat Bangladesh dipenggal di Arab Saudi dalam satu hari

Lapan warga Bangladesh telah dipenggal di ibu negara Saudi setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan rompakan dan pembunuhan, media tempatan mengatakan pada hari Sabtu (8 / 10), mengutip kenyataan kementerian dalam negeri.

Kementerian berkata, sejumlah lelaki yang dihukum pada Jumaat lalu adalah sebahagian daripada kumpulan 11 warga Bangladesh yang telah mencuri barang dari gudang setelah mengikat penjaganya, yang kemudian menyebabkan penjaga itu mati.

Tiga warga Bangladesh lain dijatuhi hukuman penjara yang tidak ditentukan jumlah tahun serta mendapat hukuman cambuk.

Kementerian juga mengumumkan hukuman keatas dua warga Saudi pada Jumaat, yang menjadikan jumlah pemenggalan untuk satu hari mencapai 10 orang, dan jumlah yang dipenggal telah mencapai 56 orang dalam tahun ini.
Diterjemah dari fiqhislam
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template