Saturday, October 29, 2011

Kongsi isteri: Isteri kau, isteri aku juga

Kekurangan Wanita, Istri Dibagi di India
HHRS 2.0 - Kepercayaan lama masyarakat India yang mengagungkan anak lelaki dan menafikan kelahiran wanita berakhir pada timpangnya jumlah kedua-dua jantina. Hal ini, mewujudkan amalan yang bertentangan dengan moral, iaitu berkongsi isteri dengan para saudara.

Hal ini terjadi di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya kira-kira dua jam dari bandar metropolitan New Delhi.  Munni, wanita pertengahan 40an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri dari suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

"Suamiku dan orang tuanya berkata, saya perlu membahagikan diri saya dengan adik-adiknya," kata Munni, dikutip dari Daily Mail, Sabtu 29 Oktober 2011.

Dua adik suaminya adalah bujang lapuk yang tidak mempunyai isteri. Antara lain disebabkan tidak mencukupinya jumlah wanita di kampung tersebut. Munni ketika ini mempunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Mereka menyetubuhi saya bila-bila masa mereka mahu, siang atau malam. Jika saya menolak, mereka memukul saya dengan apa saja. Kadang kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar," kisah Munni yang akhirnya berjaya dibongkar.

Munni hanyalah satu daripada puluhan wanita di Baghpat yang mengalami hal yang sama. Kes-kes penyeksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang untuk keluar rumah bersendirian, sehingga sukar untuk kenal dengan dunia luar.

Orang kampung  mengatakan amalan berkongsi isteri ini mempunyai banyak keuntungan. Salah satunya adalah mengelakkan perpecahan akibat berebut harta dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, amalan ini juga membebaskan wanita miskin dengan menikahinya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.

Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children 's Charity Plan India, mengatkaan amalan ini terjadi akibat penurunan jumlah wanita berbanding lelaki. Kebanyakan rakyat di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna di masa depan.

"Kita perlu melakukan sesuatujika tidak situasi akan lebih buruk. Wanita di India mungkin menghadapi risiko untuk diculik, diperkosa atau jauh lebih buruk lagi," kata Dengle.

Menurut bancian India tahun 2011, ketika ini hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 orang lelaki di Baghpat. Jumlah wanita terus menurun. Hal ini juga berlaku di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.

"Di setiap kampung , terdapat lima atau enam bujang yang tidak dapat mencari isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin," kata Dengle lagi.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15.000 rupee. Namun, ini juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan harus berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua.
Diterjemah dari fiqhislam.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template