Friday, October 28, 2011

KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU BELANJA HABIS WANG PELABURAN RAKYAT

BO - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said telah membelanjakan habis wang pelaburan kerajaan dalam bentuk simpanan tetap (fix deposit).

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara berhubung prestasi kewangan kerajaan Terengganu

Katanya, kerajaan telah menyimpan wang berjumlah RM205.5 juta didlam bank dalam bentuk pelaburan sejak 15 tahun lalu, tetapi telah habis licin pada tahun 2009 dan 2010.

"pada tahun 2006, ada sebanyak RM205.5 juta didalam bank dalam bentuk pelaburan, setahun kemudian, pada tahun 2007, dia bawa keluar (wang tersebut) buat belanja sebab tak ada duit, jadi tinggal baki RM89.5 juta,,"jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Maqasid Syariah, disini.

Menurutnya pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.

Kemudian, pada tahun 2009, katanya, wang tersebut dikeluarkan habis dan tidak berbaki lagi dan tidak ada simpanan dibuat oleh kerajaan pada 2010 walaupun bajet negeri melebihi RM 2 bilion.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template