Monday, October 3, 2011

Karpal: Keterangan Najib, isterinya sangat penting


TMI - Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu, kata peguam utama Ketua Pembangkang, Karpal Singh.

Karpal berhujah bahawa Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya.

Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.

Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.

“Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau,” kata Karpal (gambar).

“Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh,” katanya.

Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.

Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template