Saturday, October 22, 2011

"Jangan bunuh saya, anak-anakku." jerit Gaddafy sebelum dibunuh

HHRS 2.0 - "Jangan bunuh saya, anak-anakku." Jeritan merayu Moammar Gaddafy terhadap sejumlah pejuang revolusioner yang menemuinya di sebuah saluran paip dan menyeretnya.

Selang satu jam kemudian, Gaddafy sudah tidak bernyawa lagi. Sejumlah rakyat meluahkan kebencian mereka yang dipendam selama beberapa dekad kepada diktator Libya ini dengan menarik rambutnya yang eksentrik dan mengarak jenazahnya yang berlumuran darah dengan sebuah trak.

Terkini tentang bagaimana Khadafy terbunuh selepas tertangkap dalam keadaan cerdera masih mengundang tanda tanya. Beberapa stesen televisyen menayangkan gambar kerumunan yang mengheret Gaddafy yang berlumuran darah di wajah dan pakaiannya.

Salah seorang pejuang bahkan berusaha merendahkan pemimpin rejim Libya selama hampir 42 tahun itu dengan menginjak pahanya. Gaddafy yang kelihatan tidak lagi berdaya memohon pengampunan, tetapi jeritannya ini tidak dihiraukan saat dia terjerembab dan diseret untuk dimasukkan ke dalam Bagasi terbuka sebuah lori.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Tayangan seterusnya menunjukkan beberapa pejuang menggulingkan tubuh Gaddafy yang sudah tidak bernyawa di tepi jalan. Pakaian yang dikenakannya dilucuti dan tumpahan darah kelihatan membanjiri bahagian kepalanya.

Jenazah Khadafy kemudian diarak keliling Misrata dengan sebuah kereta. "Darah syahid tidak akan tertumpah dengan sia-sia," demikian teriak massa di sepanjang jalan Misrata yang diarahkan ke kematian sejumlah orang akibat kekejaman Gaddafy selama berkuasa.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Kematian Gaddafy semalam sekaligus menjadi titik acuan bagi Dewan Peralihan Nasional Libya untuk mendeklarasaikan seluruh negara itu telah bebas dari kukungan rejim Gaddafy dan pendukungnya. Detik itu juga sekaligus menepis senario lama bahawa Gaddafy melarikan diri ke padang gurun di selatan Libya dan memimpin serangan.

Gaddafy dijatuh kan2 bulan selepas dilucut dari kekuasaannya dan berada dalam persembunyian. Berikutan penguasaan Tripoli pada 21 Ogos, pasukan penyokong Gaddafy meningkatkan serangan di beberapa kawasan, termasuk Sirte, untuk mengelakkan kerajaan sementara yang baru dibentuk mendakwa kemenangan penuh. Awal minggu ini, pasukan revolusi berjaya menguasai salah satu wilayah kekuasaan loyalis, Bani Walid.

"Kita telah lama menantikan saat bersejarah ini. Moammar Khadafy terbunuh," seru Perdana Menteri Mahmoud Jibril di ibu negara Tripoli. "Saya ingin menyeru seluruh warga Libya agar menyingkirkan rasa dendam dan hanya menyimpan 1 kata di hati, iaitu Libya, Libya, Libya."


Diterjemah dari kompas.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template