Friday, October 21, 2011

Isu murtad pada tahun 1950, 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera

Ibrahim Jumat - Satu rusuhan yang besar pernah berlaku di Tanah Melayu dan lebih khususnya di negara jiran iaitu Singapura pada tahun 1950.

Umat Islam di Tanah Melayu dan Singapura bangkit dek kepanasan bagi menentang usaha dan cubaan pihak tertentu untuk melari dan memurtadkan Natrah. Rusuhan ini telah menyaksikan seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera. Malahan Singapura juga telah dikenakan perintah berkurung selama dua hari.

Itulah harga aqidah di mata umat Islam pada tahun 1950.

Aqidah seorang yang bernama Natrah bukanlah satu barang murahan yang boleh dilelong atau dijual-beli malahan ianya begitu berharga sekali. Sekalipun umat Islam di Tanah Melayu masih dijajah British namun jiwa mereka masih merdeka untuk bangkit bersama di atas isu perdana umat iaitu isu aqidah. Sayangnya selepas 60 tahun, masih kita tidak mampu menangani MASALAH MURTAD dgn berkesan. Walau kita berkuasa, masih perlu berhimpun untuk mendesak. Perhimpunan ini hanya menampakkan kelemahan dan kepura-puraan kita atasi masalah murtad keakar umbi.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template