Tuesday, October 11, 2011

Inkuiri Suhakam: Polis tendang budak lelaki, tolak pemberita wanita

 
TMI - Anggota polis antirusuhan didakwa menolak seorang pemberita bertudung di kawasan Brickfields manakala yang lain menendang seorang budak lelaki di Pudu ketika meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu, demikian siasatan awam Suhakam dimaklumkan hari ini.

Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu, dia ada melihat seorang pemberita wanita dari TV Selangor ditolak sehingga jatuh di Jalan Tun Sambathan di sini.


“Kami sedang menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana anggota polis menjerit ‘Tangkap! Tangkap!’ Kami nampak seorang budak perempuan yang bertudung, polis menarik dan menolak dia dengan kasar,” kata Chan(gambar).


Dia memberitahu, teman wanitanya yang juga seorang pemberita turut berada di kawasan itu ketika kejadian dan mereka mengambil gambar.

Chan juga mendakwa dia nampak beberapa anggota polis menendang seorang budak lelaki di Jalan Pudu dan mereka juga mengambil gambar kejadian itu.

“Polis memberi amaran agar kami tidak mengambil gambar, dan berkata mereka akan memecahkan kamera kami,” kata Chan yang merupakan saksi pertama dalam siasatan awam Suhakam yang bermula hari ini.


HHRS2.0 - Rakyat diperlakukan seperti binatang


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template