Monday, October 24, 2011

Hosni Mubarak menangis seperti orang gila apabila melihat gambar kematian Muammar Gaddafi

HHRS 2.0 - Doktor yang merawat Hosni Mubarak, diktator Mesir yang digulingkan memberitahu bahawa Mubarak menangis seperti orang gila apabila melihat gambar kematian Muammar Gaddafi, diktator Libya.

Menurut laporan Fars yang mengutip laman al-Muhit menulis, sumber perubatan di "Pusat Perubatan Antarabangsa" Kaherah mengesahkan ketakutan luar biasa di wajah Hosni Mubarak ketika menyaksikan tayangan penangkapan dan tewasnya Muammar Gaddafi yang membuat kesihatannya kembali merosot.

Sumber al-Muhit berkata, jika doktor tidak memberikan ubat penenang kepada Mubarak, kemungkinan besar dia boleh mendapat serangan jantung. "Ketika Mubarak melihat Gaddafi terbunuh, ketakutan menyelimuti tubuhnya. Wajahnya tampak begitu ketakutan dan selepas itu dia menangis seperti orang gila, "katanya.

Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi mempunyai hubungan yang cukup mesra dan kukuh.

Berdasarkan laporan-laporan yang ada, sebuah dokumen rahsia ditemui di bangunan "Pejabat Pemberantasan Anti-Agama" yang mendedahkan kerjasama tentera Mesir dan Libya yang bertujuan menghancurkan kumpulan-kumpulan Islam Mesir di Libya.


Diterjemah dari konspirasi.com
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

JAKA said...

masa berkuasa akulah raja. apa aku buat jgn ade yg bantah, nahas jawabnya.

aku nak sapu harta negara itu hak aku. aku dh penat kerja utk rakyat, kenapa aku tak bolh ambil sikit(billion) sebagai upah?

tp bila tiada kuasa, dihambat rakyat, terpinggir, baru sedar diri, ketakutan siang malam. menangis minta nyawa.

itu baru hukuman dunia. belum lagi pukulan malaikat yg tidak dapat nak lari lagi.

banyak2kan mengingati mati. ia ubat paling baik utk mereka yg berkuasa dan lupa diri.

media patut bykkkan org mengingati mati. byk tunjuk pengkebumian. byk tunjuk baca talkin. banyak tunjuk jenazah.

hai alangkah rapuhnya kehidupan ini. tinggallah segala pangkat dan darjat. tinggallah segala bodyguard dan polis rahsia.

tinggallah wang berbillion hak rakyat yg dikumpulkan.

bertemu kembali di akhirat nanti ye.....wasalam

Ngah Phg said...

Dengan hati ikhlas kita mengharapkan raja2 melayu dan kerabatnya, menteri2 dan kerabat mereka juga, hiduplah dengan merendahkan diri dihadapan Allah SWT dan meningkatkan ibadat kerana DUNIA ini adalah sementara sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template