Monday, October 31, 2011

Hati-hati apabila membeli kereta terpakai dari Jepun kerana ada kesan radioaktif

HHRS 2.0 - Sejumlah pegawai pemeriksaan radioaktif di Jepun kebelakangan ini perlu bekerja keras. Ini kerana terdpat penemuan sejumlah peniaga yang  tidak bertanggungjawab menjual kereta terpakai yang sudah terkena radiasi. Hal ini terjadi pasca merebaknya radiasi di kawasan Fukushima, Jepun, selepas peristiwa gempa dan tsunami di wilayah tersebut, Mac lalu.

Seperti disebutkan dalam Telegraph, sudah menjadi tradisi bagi sejumlah penjual kereta terpakai di Jepun untuk menjual kereta-kereta terpakai ke kawasan Rusia dan Asia Tenggara. Ia berlanjutan walaupun sebenarnya kerajaan sudah melarang dan meminta agar kereta-kereta yang teradiasi dihancurkan demi mengelakkan pencemaran.

Jun lalu, seperti diberitakan oleh media yang sama, polis Rusia menghantar balik setengah kereta terpakai dari Jepun selepas mendapati bahawa kenderaan-kenderaan itu tercemar radioaktif.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

Seperti dilaporkan NBC Los Angeles dikutip dari harian Jepun, Asahi Shimbun, kereta-kereta terpakai yang teradiasi itu juga dijual di Jepun sendiri. Sekitar 700 kereta yang siap hantar Distop oleh pihak berkuasa di pelabuhan setelah diketahui bahawa beratus-ratus kereta itu mengandungi radiasi yang melebihi had 0,3 microsieverts satu jam.

Lebih mengejutkan lagi, sebuah van yang dari Iwaki (termasuk wilayah teradiasi) berjaya dijual keluar dari daerah itu. Ketika diuji, van itu mengandungi radiasi 110 microsieverts satu jam atau kira-kira 300 kali dari kadar yang ditentukan.

Si penjualnya mengaku bahawa dia sedar tindakannya menyalahi undang-undang. Namun dia tetap menjualnya kerana berada dalam tekanan ekonomi yang sangat memerlukan wang. Diterjemah dari kompas.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template