Saturday, October 29, 2011

Haram jadikan ibadah Haji untuk tujuan politik - Sheikh Yusuf al-Qardhawi (siapa makan cili dia yang rasa pedas)


HHRS 2.0 - Pengasas dan presiden dari Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa (IAMS) Sheikh Yusuf al-Qardhawi mengatakan Haram hukumnya menggunakan slogan-slogan politik, aksi demonstrasi atau melakukan sebarang tindakan yang mengancam keselamatan jemaah semasa musim haji.

"Allah membuat negara ini di mana ritual haji diadakan damai dan aman, sehingga umat Islam dapat melakukan ritual mereka dengan penuh kerohanian dan keselesaan tanpa kesulitan apapun," kata Sheikh Qardhawi dalam sebuah wawancara dengan surat khabar Okaz Saudi.

Perselisihan sama sahaja dengan menghina ibadah haji, yang merupakan kewajipan agama yang besar dan tiang kelima dalam ajaran Islam, katanya menegaskan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Menggunakan Haji untuk mencapai tujuan politik dan tujuan yang tidak berkaitan dengan haji maka hal itu membatalkan ibadah haji dan tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan untuk ibadah haji dalam undang-undang Syariah, katanya lebih lanjut.

Mengadakan aksi demonstrasi atau menggunakan slogan politik semasa musim haji di Makkah adalah tidak boleh diterima kerana kegiatan tersebut akan mencetuskan perselisihan antara penziarah di tempat suci, jelas Qardhawi.

Sheikh Qardhawi menawarkan nasihatnya untuk para jemaah Haji: "Ini ritual besar yang mencair semua perbezaan di antara umat Islam yang berasal dari negara yang berbeza, bangsa, bahasa, daerah dan kelas sehingga mereka semua merasa sebagai satu bangsa, sama seperti Allah ingin umat Islam saling bersatu. "
Diterjemah dari eramuslim.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template