Tuesday, October 25, 2011

Di Mata Rakyat Afrika, Gaddafi Dianggap Sebagai Syuhada dan Dermawan Sejati

HHRS 2.0 - Di masa Muammar Gaddafi hidup, dia sering menyumbang puluhan bilion dollar kepada beberapa negara-negara termiskin di Afrika. Bahkan ketika dia datang melawat negara-negara miskin tersebut, pemimpin Libya eksentrik ini boleh menimbulkan kekaguman ramai orang dengan membahagi-bahagikan wang kepada pengemis di jalanan.

"Ketua negara-negara lain hanya memandu dan berlalu begitu saja dengan limusin mereka. Sedangkan Gaddafi berhenti, meminta pengawalnya menjauh dan menjabat tangan dengan kami," kata Cherno Diallo, Isnin lalu (24/10) di sebuah hotel yang dibiayai oleh Libya. "Kematian Gadhafi telah menyentuh setiap warga di Mali, kami semua merasa sedih dan kehilangan."

Sementara kekuatan Barat yang menggembar-gemburkan kematian Gaddafi, ramai warga Afrika berkumpul di masjid yang dibina dengan wang Gaddafi untuk meratapi orang yang mereka anggap sebagai syuhada anti-imperialis dan dermawan tersebut.

"Apakah hidup Gaddafi lebih penting daripada beribu-ribu orang yang telah tewas selama perang di kedua-dua negara ini?" tanya salah seorang penjaga kedai di negara Afrika Barat kecil Gambia, yang bercakap pada keadaan 'anonymity'.

Beberapa penganalisis menganggarkan rejim Gaddafi melabur lebih dari 150 bilion dolar di negara-negara asing, sebahagian besar ke negara-negara Afrika yang miskin.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
"Gaddafi adalah seorang revolusioner sejati yang memberi tumpuan kepada peningkatan kehidupan negara-negara mundur," kata Syaikh Muthal Bin-Muslim, dari masjid Gaddafi di ibu negara Sierra Leone yang dibina dengan dana Libya. Jamaah umat Islam di sana merancang untuk berjaga sepanjang malam untuk menghormati pemimpin Libya yang dibunuh tersebut.

Di Bamako, ibu negara gurun Mali, satu masjid besar dibiayai Libya dibina betul-betul di berhampiran kedutaan AS.

Dan di Uganda, Gaddafi membina sebuah masjid yang boleh menampung lebih dari 30000 orang. Syarikat yang dibiayai Libya bahkan menyuntik dana sebanyak 375 juta dollar dan mempunyai lebih daripada 3,000 orang di negara kecil Afrika Timur. Anak-anak sekolah dan penyokong Islam berbaris di jalan, melambaikan bendera Libya, ketika Gaddafi melakukan lawatan.

"Gadsafi adalah ayah pembaptisan bagi kebanyakan rakyat Uganda," kata Muhammad Kazibala, seorang guru besar di sebuah sekolah yang dibiayai Libya di ibu negara Uganda.

Pemimpin Libya juga membina sebuah istana untuk salah satu kerajaan tradisional Uganda. Ini adalah salah satu sumbangan yang sesuai untuk seorang lelaki yang melakukan perjalanan ke Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) mengenakan jubah bersulam emas hijau, diapit oleh tujuh lelaki yang mengatakan mereka adalah "raja-raja tradisional Afrika."

Gaddafi menggunakan kekayaan minyak Libya untuk membantu mencipta AU pada tahun 2002, dan juga menjawat jawatan sebagai ketua. Selama pemberontakan melawan Gaddafi, AU mengutuk serangan udara NATO.

Pengaruh Gaddafi bahkan diperluaskan untuk ekonomi terbesar Afrika. Pemimpin Libya menyokong Kongres Kebangsaan Afrika ketika melawan kerajaan kulit putih rasis, dan tetap berhampiran dengan Nelson Mandela selepas ikon anti-apartheid tersebut menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan.

Presiden Jacob Zuma ketika ini juga adalah salah satu pengkritik yang paling lantang terhadap serangan udara NATO di Libya, dan dia mengatakan kepada wartawan dia berkata Gaddafi seharusnya ditangkap dan diadili, tidak dilaksanakan.

Liga Pemuda ANC menggambarkan Gaddafi sebagai "syuhada anti-imperialis" dan "perajurit berani dan pejuang melawan penjajahan dari benua Afrika."

Bagi kebanyakan penyokong Gaddafi, operasi ketenteraan untuk mengusir dia adalah contoh lain dari campur tangan Barat dan neokolonialisme terhadap dirinya.
Diterjemah dari eramuslim.com

2 comments:

Anonymous said...

kalau x slp, bangunan perkim di jln iopoh kl juga dibina oleh libya/ghaddafi. cuba semak.
-ubai-

HHRS 2.0 on October 25, 2011 at 10:39 PM said...

menarik, akan sy cuba dptkan infonya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template