Saturday, October 1, 2011

Bagaimana Israel maju dalam bidang pertanian

Kurma buatan Israel yang jadi isu semasa bulan Ramadan yang lalu

Israel adalah pengesport utama untuk produk-produk pertanian, dan merupakan negara pemilik teknologi tertinggi dalam bidang pertanian. Dengan keadaan negara yang tidak kondusif terhadap pertanian iaitu lebih dari separuh tanah Israel adalah gurun, dengan iklim dan sumber air yang sangat sedikit, merupakan faktor penghalang yang membuat kawasan ini tidak mungkin untuk dibuat penanaman. 

Hanya 20% kawasan yang boleh diusahakan. Ketika ini, pertanian Israel menduduki 2.5% jumlah GDP dan 3.6% export. Dengan jumlah pekerja pertanian 3.7% daripada jumlah tenaga kerja di Israel, jumlah ini menutupi 95% keperluan makanan negara, sebagai pelengkapnya adalah dengan mengimport biji-bijian, daging, kopi, coklat dan gula.

Israel adalah penghasil loquat kedua terbesar selepas Jepun. Salah satu penghasil citrus terbesar di dunia, termasuk jeruk, grapefruit, tangerines and the pomelit, buah hybrid dari grapefruit dan pomelo yang dibangunkan di Israel. Salah satu pengesport bunga terbesar di dunia. Serta menjadi salah satu negara yang menghasilkan wine. Selain itu, Israel juga merupakan negara pengeluar susu dan ikan air tawar.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan antaranya: citrus, alpukat, kiwi, jambu, mangga, tomato, timun, peppers, zucchini, melon, pisang, kurma, anggur, epal, pir, cherry, jeruk, plum, nectarines, strawberry, prickly pear, persimmon, loquat, pomegranates, cherry tomato.

Perhatikan bahawa produk pertanian yang dihasilkan Israel adalah produk pertanian jenis tropika dan subtropika. Bagaimana negara gurun ini menghasilkan buah-buahan dan bunga subtropika? Bagaimana lembu boleh diternakkan di kawasan gurun? Bagaimana negara kurang air ini dapat mengeluarkan ikan air tawar? Bagaimana Israel boleh memenuhi keperluan makanan negara, dan menjadi negara pengeksport hasil pertanian, padahal 80% wilayah negara adalah gurun? Bagaimana 3.7% tenaga kerja dapat memenuhi 95% keperluan makanan negara dan menjadi salah satu pengeksport pertanian terbesar di dunia?

Israel menggunakan air laut untuk mengairi tanah sawah, perkebunan dan kolam ikan. Air dialirkan dari tempat pemprosesan air laut ke kawasan-kawasan pertanian yang sebahagian besar gurun. Teknologi pengolahan air, teknologi pertanian, teknologi ekosistem dilaksanakan. Membuat apa yang tidak mungkin menjadi mungkin.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template