Wednesday, October 26, 2011

APABILA BERUK MENYUSUKAN HARIMAU

BO - Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Itulah yang paling sesuai melihat situasi terkini apabila kebanyakan 2.3juta pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia sebenarnya sibuk bekerja dipelbagai sektor. Itu belum diambil kira dengan pendatang yang mendapat keizinan yang berjuta pula bilangannya.

Sekarang lebih 1juta pula peluang pekerjaan yang masih kosong untuk ditawarkan kepada Pati. Sudahlah Pati mempunyai gaji minima yang bakal ditentukan oleh kerajaan meskipun hanya bekerja sebagai amah. Berbanding rakyat sendiri yang masih belum ada kadar gaji minima. Sekian lama perjuangan persatuan sekerja menuntut gaji minima tetapi nampaknya pihak kerajaan masih lagi pekak badak. Nampaknya hanya pihak PR dalam pembentangan bajet alternatifnya yang menawarkan gaji minima Rm1,100 sebulan.

Benarkah alasan orang melayu pemalas dan memilih kerja atau mekanisme penyaluran serta pengagihan peluang pekerjaan itu gagal sampai kepada rakyat tempatan. Pihak majikan pula mengambil mudah tanpa meletakkan kepentingan negara dengan mengambil Pati sebagai keutamaan. Kalau perkara ini berterusan dan tiada kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikannya nescaya kita akan dapati Malaysia menjadi pusat longgokan Pati saban tahun dan penduduk tempatan akan menjadi tersisih bukan sahaja peluang pekerjaan bahkan peluang perniagaan, perumahan, social dan sebagainya.
BuletinOnline.net
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template