Thursday, October 27, 2011

Anak Muammar Khadafi, Saif al Islam menyerah diri

HHRS 2.0 - Anak Muammar Khadafi, Saif al Islam, memilih untuk menyerahkan diri ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Den Haag, berbanding menyerahkan diri ke Libya. Saif nampaknya takut menghadapi rakyat Libya yang membunuh ayahnya dan juga saudaranya.

Berita penyerahan diri Saif dilaporkan oleh pegawai Dewan Transisi Nasional (NTC) Libya Abdel Majid Mlegta. Mlegta mengatakan, Saif kini dipenghujung, namun bekas ketua perisikan Libya Abdullah al Senussi masih bersembunyi.

"Mereka lebih memilih untuk menyerah kepada Den Haag, mereka sudah merasa tidak selamat untuk pergi ke mana-mana," ujar Mlegta, seperti dilaporkan Reuters, Khamis (27/10/2011).
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Namun, Jurucakap ICC berkata, hingga kini mereka belum mendengar kenyataan dari anak Khadafi yang hendak menyerahkan diri.

Saif sering kali disebut-sebut sebagai pengganti takhta Khadafi. Lelaki yang lulusan dari London School of Economics ini juga dikenali dengan kehidupan glamornya, menurut khabar angin, Saif adalah seorang playboy.

Semenjak Saif menghilang dari peperangan, para pasukan NTC yang berasal dari Misrata membentuk unit khas bernama "Chain Brigade." Unit ini melakukan perburuan terhadap Saif dan Senussi, selain itu, pasukan SAS yang disokong oleh pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) juga memburu Saif.

Saif mahupun Senussi akan menerima hukuman yang sangat berat di ICC kerana mereka didakwa melakukan kejahatan kemanusiaan.

Meskipun Saif ditangkap, ahli keluarga Khadafi yang lain masih berada di Algeria dan juga Nigeria. Kerajaan Algeria melindungi ahli keluarga Khadafi dengan alasan kemanusiaan.
Diterjemah dari fiqhislam.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template