Monday, October 17, 2011

100 ekor buaya berkeliaran dalam banjir di Thailand

HHRS 2.0 - Kerajaan Ayutthaya telah menghadapi ancaman baru yang mengintai di tengah-tengah bencana banjir yang melanda kotapraja tua di Thailand itu. Ancaman baru itu adalah buaya yang terlepas dari sebuah peternakan buaya.

Sebanyak 100 reptilia tersebut terlepas dari penternakan di kawasan itu dan kerajaan telah mengeluarkan hadiah sebanyak 1,000 baht (33 dolar AS) untuk setiap buaya yang ditangkap hidup-hidup, kata Menteri Kesihatan Awam Vitthaya Buranasiri.

"Buaya itu perlu ditangkap untuk menjaga keselamatan rakyat," kata Buranasiri, Minggu (16/10/2011).

Haiwan tersebut telah dilihat di beberapa daerah di bekas ibu kota Thailand itu, tempat Warisan Dunia dan kawasan pelancongan utama.

Banjir paling teruk di Thailand dalam masa beberapa dekad telah meneggelamkan banyak wilayah kerajaan tersebut, meneggelamkan rumah dan pusat perniagaan, industri lumpuh, dan memaksa puluhan ribu orang untuk berpindah ke tempat pelindungan.

Sebanyak 300 orang telah terbunuh dalam bencana itu, walaupun belum ada laporan mengenai kematian yang berkaitan dengan haiwan akibat banjir tersebut.

Kementerian Sumber Alam telah menyediakan hotline buat orang yang ingin melaporkan haiwan buas yang berkeliaran di kawasan yang ditenggelami air.

"Kami sekarang melakukan kerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk menangani hotline mengenai haiwan yang berkeliaran di kawasan banjir, apakah itu harimau, ular atau buaya," kata seorang pegawai, yang mengatakan jabatan tersebut telah menerima "banyak laporan melalui telefon".

Kementerian itu menyatakan pelbagai agensi kerajaan telah menghantar pegawai mereka untuk menangkap haiwan tersebut, tapi belum boleh mendedahkan berapa banyak buaya yang telah ditangkap. Nombor hotline di dalam wilayah Thailand itu adalah 1362.

Diterjemah dari kompas.com

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template