Saturday, September 24, 2011

Ucapan sampah Obama di perhimpunan agong PBB

Sampah dunia

Para pemimpin dunia berkumpul di Manhattan, New York, mengikuti pembukaan Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Seperti biasa, saat yang paling ditungu adalah pidato Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Dengan penuh keraguan, Obama menyampaikan ucapan tahunan di depan UNGA, Rabu pagi.

Ketika, bulan September 2009, Presiden Barack Obama dengan mudah memberikan penilaian polisi selama lapan tahun yang penuh dengan perbezaan akibat tindakan Presiden Bush yang bertindak secara unilateral (sepihak) terhadap Afghanistan dan Iraq, dan melanggar konvensyen PBB, serta sekarang negara-negara anggota PBB merindukan kehidupan baru, di mana setiap masalah fundamental yang berkaitan kepentingan bersama, tidak disikapi secara unilateral. Seperti yang sudah dijalankan selama ini oleh Amerika Syarikat.

Pada 2010, Presiden Obama dalam ucapannya menjanjikan "era baru penglibatan," negara-negara anggota PBB. Sesungguhnya Presiden Barack Obama, tidak banyak membawa gagasan baru, sebagai pemimpin baru Amerika Syarikat, dia hanya mengulang tentang kerjasama pelbagai hala menghadapi keganasan, ketidakstabilan kewangan, dan masalah global yang lain, mempromosikan hak asasi manusia, pembangunan global, dan keselamatan kolektif. Nampaknya, tidak ada yang baru dalam ucapannya pada tahun 2010 itu.

Minggu ini, Presiden Barack Obama berada di kerusi panas, menghadapi tuntutan kedaulatan negara Palestin, yang mendapat sokongan padu. Sehingga, keadaan yang ada dalam forum multilateral PBB, yang menginginkan agar PBB mengadopsi keinginan Presiden Palestin Mahmud Abbas, membuat kebencian Kongres dan Capitol Hill terhadap PBB.

Negara-negara yang menyokong Pihak Berkuasa Palestin, mendorong diadakannya pungutan suara di Majlis Keselamatan PBB, yang akan disokong oleh majoriti ahli PBB, maka Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menempatkan Washington pada kedudukan defensif. Amerika Syarikat pasti akan memveto resolusi itu, yang dianggap ancaman kepada Israel dan proses damai.

Namun, hal ini akan menjadi kontroversi yang sangat luar biasa. Dengan kuasa vetonya, Washington akan mengasingkan dirinya dari sekutu Eropah, dan meningkatkan keraguan dari dunia Arab, apakah masih ada perantara yang jujur ​​di Timur Tengah.

Ketika Amerika Syarikat berpihak kepada Zionis-Israel, sejatinya sudah tidak ada lagi yang diperlukan rundingan politik, termasuk kosa kata: "keamanan", yang sekarang didengungkan oleh Benyamin Netanyahu.

Amerika Syarikat telah bekerja keras cuba menghalang dan menghentikan langkah Mahmud Abbas melalui saluran diplomatik. Dalam beberapa minggu terakhir "kemalangan" berlaku. Di mana langkah-langkah Amerika Syarikat yang menjadi kaki tangan Israel itu, mendapatkan tentangan dari sekutunya, yang terus menolak penubuhan negara Palestin. "Tidak ada jalan pintas menuju negara Palestin merdeka", kata Obama Perhimpunan Agung PBB.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, di Perhimpunan Agung PBB, hanya menjadi corong Israel, dan ucapan tidak lebih hanya sampah yang harus ditelan para ahli PBB, yang sudah tidak lagi dapat menelannya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

abu idris on September 30, 2011 at 12:49 PM said...


arrayah.info
- Kemerdekaan Hakiki dan Pembebasan Palestin Hanya Dengan Negara Islam Global iaitu Daulah Khilafah Islamiyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template