Sunday, September 18, 2011

TUDUH PAS TIDAK MAHU NEGARA ISLAM; AHMAD SAID TIDAK SEDAR DIRI


Buletin Online - Seluruh jentera PAS diminta bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata pengumuman Perdana Menteri memansuhkan ISA merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah terlalu dekat.

"ini merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah dekat benar, kita semua harus bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa, mungkin tak sampai bulan sebelas (November),

"kita kena bersia[p sedia jentera kita khususnya orang muda untuk memastikan kemenangan kita, bukan shaja mengekalkan Bukit Tunggal tetapi juga menang DUN lain dan parlimen Kuala Nerus,"ujarnya pada majlis sambutan hari raya pemuda PAS Batu Enam dekat sini Jumaat 16 September.

[Gambar - Dr Alias melayan para pemuda, mengagihkan roti dalam Majis Hari Raya Pemuda Batu Enam yang menyediakan hidang 'lazat' sup kambing]

Beliau menegaskan, sekiranya pihak Umno mengatakan PAS telah meninggalkan perjuangan Islam, semuanya adalah penipuan belaka.

Menurutnya, PAS Terengganu tidak lagi menekankan persoalan menubuhkan negeri Islam kerana katanya pada pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004 dahulu, PAS sudah meminda undang-undang Terengganu menjadi undang-undang Islam.

"Kalau orang kata PAS dah tinggalkan perjuangan Islam, itu 'pelawok', kita tak 'highlight' (pekara itu) di Terengganu sebab undang-undang Terengganu telah kita pinda menjadi undang-undang Islam, telah warta pun, Kanun Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas,

"bila kita memerintah (nanti) selain buat kebajikan, sudah tentulah kita akan melaksanakan undang-undang Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri kita,"tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said tidak sedar diri apabila sering menuduh PAS tidak lagi mahu negara Islam.

"Saya dapat maklumat, pada setiap majlis beri Dana Raya dan zakat pada bulan Ramadhan baru-baru ini Ahmad Said 'bersyarah' tipu orang kampung, kata PAS tak mahu lagi negara Islam,

"dia tak sedar diri, kita sudah pinda undang-undang negeri kepada undang-undang islam, tapi dia yang tidak mahu laksanakan,"jelasnya.

Oleh itu, katanya, beliau menyeru semua rakyat Terengganu, khususnya orang-orang muda menilai, siapa sebenarnya yang tidak mahu kepada negara Islam, PAS atau Umno

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template