Sunday, September 11, 2011

Patut keluar dari negara Komanwel sebab tak dijajah British


HHRS 2.0 - Dulu aku juga pasang bendera kecik dekat motor dan kereta. Dulu tu, awal tahun millenium. Tidak ada pun perasaan aku ketika itu seperti perasaan aku sekarang ni, pasang bendera itu orang UMNO je yang buat. Macam songkok, aku dulu pun pakai songkok. Dulu tak ada trend songkok setinggi pembaris 15 cm. Korang juga perasan kan. Bila tengok orang bersongkok tinggi, mereka tu dicop UMNO. Minda kita sudah diajar sebegitu.

Tiada gunanya iklan merdeka ditayang di kaca tv. Profesor kangkung sudah berhujah. Negara tidak pernah dijajah. British tu bukan penjajah. Itu lah hujah barisan kangkung. British antara negara yang mempunyai bekas jajahan yang besar. Di Tanah Melayu, British bukan lah penjajah, tapi pendatang asing rupanya. Keluar hujah sebegini, bolayan lah rakyat untuk pasang bendera lagi. Lepas ini, pemimpin-pemimpin UMNO/BN patut duduk diam-diam, jangan ukur patriotik rakyat melalui bendera lagi.

Commonwealth of Nations.svg

Apa pula kedudukan kita di dalam kelompok negara komanwel. Apa itu komanwel. Blogger2 bertanggungjawab, tolong lah terangkan pada pakcik makcik felda.

Lihat keahlian Malaysia bila.






Negara komanwel

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.



KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template