Wednesday, September 21, 2011

Selepas PRU selesai, apa yang hendak dibuat ke atas mereka ni?

Sedia berkorban untuk negara?

Selepas PRU mana nak campak pendatang2 yang memperoleh warganegara free ini? terima saja lah apa permasalahan yang akan berlaku yang bakal menimpa ke atas rakyat asli negara ini. Pasti, rakyat palsu ini akan berlagak seperti rakyat asli yang lain. Contoh dah ada, baca laporannya di sini.

Hak keistimewaan kita, hak keistimewaan mereka juga.Taraf rakyat palsu ini sama taraf dengan rakyat asli. Mereka sudah disah tarafkan oleh kerajaan pemerintah. Rakyat asli tak boleh melawan keputusan kerajaan. Apa untungnya rakyat palsu ini pada rakyat asli. Mereka rata-rata rajin cari makan. Ingat, di negara asal, mereka masih ada keluarga dan saudara mara. 

Bagaimana patriotik mereka terhadap negara? Kita mahu lihat pada tahun hadapan mereka juga dapat kibarkan jalur gemilang. Bukan hanya berguna selaku taraf warganegara ketika waktu mengundi sahaja. HHRS 2.0

Kerajaan Malaysia jual kewarganegaraan ?



Buletin Online - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan sebuah laman web kerajaan Bangladesh yang mendakwa ramai pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewargangeraan. Laman tersebut juga mendakwa mereka diberikan hak mengundi pada pilihanraya umum Malaysia akan datang serta pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah (BN).

Dengan pendedahan ini, DPPM meminta pihak polis menyiasat kebenaran disebalik pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut, yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dan dipercayai laman web rasmi kerajaan Bangladesh. Jika benarlah seperti yang didakwa oleh laman web ini, DPPM kesal kerana ada pihak yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’, ‘api dalam sekam’ terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia.

DPPM menganggap isu ini sangat besar yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan mengapa begitu longgarnya kawalan keselamatan negara terhadap pendatang asing sehingga mereka begitu mudah diberikan hak sama seperti rakyat Malaysia yang lainnya.

Lebih dari itu, mengapakah mereka begitu mudah diberikan hak mengundi dalam pilihanraya umum di Malaysia? Memberi hak kerakyatan kepada warga asing dengan mudah ibarat menjual negara ini kepada negara lain. Negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand mempunyai prosedur yang sangat ketat terhadap pemberian hak sebagai warganegara mereka. Mereka sanggup menembak sesiapa sahaja yang menceroboh negara mereka serta menghalau mana-mana warga asing yang tinggal lebih tempoh. Sedangkan Malaysia, bukan setakat kawalannya longgar, diberikan pula hak kerakyatan dengan mudah.

DPPM kecewa kerana dalam keadaan negara menyambut Hari Malaysia pada 16 September, ada pula pihak yang hilang nilai patriotisme terhadap negara sendiri. DPPM juga menganggap isu ini sebagai suatu pengkhianatan terhadap negara. Ini menunjukkan ada pihak sama ada individu mahupun agensi tertentu di kerajaan yang memainkan peranan menjual kerakyatan terhadap warga asing.

Dalam hal ini DPPM mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat dan menjawab persoalan bagaimana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh mendaftarkan rakyat Bangladesh serta rakyat asing yang lain sebagai warganegara dan pengundi dengan mudah. DPPM juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana isu ini boleh berlaku serta mendakwa pengkhianat negara ini ke muka pengadilan. DPPM dan rakyat Malaysia tidak rela negara digadaikan kepada warga asing serta masa depan negara ditentukan oleh pengundi warga asing dalam pilihanraya akan datang.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan’
Dewan Pemuda PAS Malaysia

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template