Sunday, September 25, 2011

Sebutan akhirat tidak ada dalam Nasionalis, Komunis, Demokrasi dan Sosialis

Sampai kiamat pun selagi umur kita ada, kita mesti tegakkan Negara Islam


Sampai kiamat pun selagi umur kita ada, kita mesti tegakkan negara islam

Buletin Online - Sebutan akhirat tidak ada dalam Nasionalis, sebutan akhirat tidak ada dalam Komunis, sebutan akhirat tidak ada dalam Demokrasi, sebutan akhirat tidak ada dalam Sosialis. Nasionalis, Komunis dan sebagai lagi ini ‘bekas’ (tempat) manusia hidup sekarang. Sebenarnya, semua itu bukan boleh jadi bekas untuk manusia kerana itu ideology manusia.

Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah ‘tukang’ (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu ‘tuan’ (pemilik) lembu. Tuan manusia ialah Allah SWT. Bagaimana Allah hendak jaga manusia melalui al-Quran dan Nabi Muhamad SAW. Allah yang buat manusia lebih tahu untuk jaga manusia.

Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.

Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Hudud kita buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan. Kita buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan.

Bila kita buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup sekarang ini beri “Amaran” dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak. Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah “mageran”. Dia bakar tayar, dia baker bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia ‘rampas’ semua kerajaan Kelantan. Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia buat pula kali kedua.

“Cikgu” Allah Ta’ala ialah Nabi Muhamad SAW. Anak kita di sekolah jawab periksa sebagaimana yang cikgu ajar di sekolah. Anak kita hendak lulus mesti jawab seperti hak cikgu ajar. Manusia hendak ‘lulus’ (selamat) mesti ikut hak cikgu Allah Ta’ala ajar iaitu Nabi Muhamad SAW. Ekonominya, sosialnya, rumahtangganya, budayanya.

Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam. Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu. Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama. Saya pergi ke Perak dalam 15 tahun lalu, saya kata Cinalah yang paling utama sokong hudud. Ini kerana, orang curi tidak mencuri di rumah orang miskin tapi rumah orang kaya. Cina dengan melayu mana lebih kaya, tentulah Cina yang selalu kena rompak. Betul kata orang Cina kepada saya.

Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam.


*** Sebahagian Teks Ucapan Menteri Besar Kelantan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah, Di Dewan Permata, Permai Inn, Kuala Terengganu Pada 23 September, 2011

Hadir sama pada majlis Anjuran Pas Kawasan Kuala Terengganu tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, dan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah ‘tukang’ (pencipta) yang buat manusia.

Jelas dan tepat. Tapi UMNO BeEnd tak pernah faham maksud tersurat dan tersirat "Tukang". Apa yang difahami adalah menukang. Maknanya mereka sibuk menukang kekayaan negara untuk kroni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template