Wednesday, September 14, 2011

Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan “hidup Melayu”



LEBIH BAIK MAHTHIR BERDIAM DIRI!

Buletin Online - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian.

Menurut Ketua Penerangan, Ustaz Riduan Mohd Nor, kenyataan Tun Dr Mahathir menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia,

"Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

DPPM mempersoalkan, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan?

DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir hanyalah seorang ahli politik negara dan bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku.

Menurut Riduan lagi, sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dan kajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikan pandangannya mengenai sejarah negara.

Sehubungan itu, DPPM mencabar Dr Mahathir, adakah beliau berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathir menyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara?,"soal Riduan lagi

DPPM menjelaskan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini. Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"UMNO pula telah diharamkan pada tahun 1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh UMNO zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu.

"Zaman Tun Dr Mahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannya dan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini,"jelasnya lagi

Justeru itu, DPPM mempunyai pandangan yang tegas bahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkan lagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

Dr Mahathir keterlaluan dan senantiasa memandang rendah terhadap bangsa melayu. Jelas sekali beliau juga menjadi punca perpecahan melayu, punca menyisihkan kuasa raja-raja dan punca menjahanamkan UMNO satu ketika dulu. Beliau pernah istihar diri keluar dari UMNO kerana tak setuju dengan beberapa dasar, kemudian memasuki balik kepada UMNO lantaran keharini menjadikan platform untuk membelasah melayu, UMNO dan pengurusan Malaysia dibawah tadbir PM Najib, malah sebelum ini Abdullah Badawi, juga PM terdahulu seperti allahyarham Tunku Abdul Rahman dan berikutnya.Apakah beliau ini berhemah tinggi dalam UMNO atau nak jadi hero dalam UMNO atau nak jadi super berbagai-bagai dalam UMNO. Layakkah manusia seperti ini kita agung-agungkan, kita wawarkan dan kita muliakan!? Secara lojiknya beliau boleh kita tafsirkan masih baru dalam UMNO semenjak dari pengunduran beliau dari UMNO sebelum ini. Kita fikir-fikirkan apa maksud campurtangan beliau dalam mencetuskan banyak konflik dalam era pengurusan Malaysia terkini! Jangan kita bergantung kepada satu umat hipokrit, kita bergantung kepada pengurusan yang adil dan baik tanpa mengira latar belakang politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template