Saturday, September 3, 2011

Revolusi negara-negara arab, Britain untung besar hasil penjualan senjata



Diterjemah dari fiqhislam

Jika ada pihak yang beruntung terhadap gerakan revolusi di negara-negara Arab, pihak tersebut adalah Britain. Negara ini meningkatkan eksport senjatanya hingga 30 peratus ke Timur Tengah dan negara-negara di Afrika Utara, yang menjadi pusat gerakan protes anti rejim totalitarian di kawasan itu.

Penelitian terbaru menunjukkan bahawa Britain telah mengeksport senjata bernilai 30,5 juta pound ke pelbagai negara termasuk Bahrain dan Arab Saudi antara bulan Februari dan Jun tahun ini. Jika dibandingkan dengan tahun 2010 pada tempoh yang sama, angka tersebut mengalami peningkatan 30 peratus daripada 22 juta pound.

Berdasarkan laporan yang diturunkan oleh akhbar The Times, eksport senjata ke pelbagai negara yang mempunyai rekod hak asasi manusia membimbangkan itu, meningkat satu pertiga pada masa yang sama ketika para penguasa di negara-negara tersebut merepresi rakyatnya.

Eksport senjata itu meliputi pelbagai jenis senjata yang digunakan dalam proses penindasan dalam negeri seperti peluru berkaliber kecil dan senapang automatik.

Peningkatan itu berlaku di saat Kementerian Luar Negeri Britain pada bulan Februari lalu berjanji akan menyemak semula dengan cepat semua eksport senjata ke kawasan yang bergolak.

Sebelum Majlis Keselamatan PBB melaksanakan sekatan bekalan senjata ke Libya pada Februari, Inggeris telah membekalkan peluru kepada rejim Libya bernilai 64,000 pound.

Di sisi lain, eksport senjata buatan Britain terus mengalir ke Jerman, Bahrain, dan Mesir, pada masa protes rakyat sejak Februari hingga April. Rejim Bahrain menerima pakej senjata dari Inggeris pada bulan April, beberapa minggu selepas pasukan Manama secara brutal menindak para penunjuk perasaan pro-demokrasi di Bundaran Mutiara.

Hasil kajian itu juga menyebutkan, standard ganda kerajaan Britain tidak dapat dinafikan menyusul kecaman keras London atas penindasan rejim al-Khalifa terhadap para penunjuk perasaan pro-demokrasi, namun pada masa yang sama Britain juga menjual senjata kepada rejim Bahrain. Senjata tersebut digunakan untuk membanteras protes rakyat.

Ukar untuk dibayangkan bahawa para pegawai Britain tidak mengetahui penjualan senjata-senjata ke Timur Tengah dan Afrika Utara, mengingat hak jualan senjata di Britain berada dalam pengawasan ketat kerajaan.

Undang-undang Britain tidak mengizinkan penjualan senjata yang digunakan untuk penindasan dalam negeri, serangan ke negara-negara lain, begitu juga jika jualan senjata itu akan semakin memanaskan konflik bersenjata.

Di lain pihak, kumpulan keamanan terbesar Britain, Stop the War Coalition (STWC) dalam laporannya menyebutkan bahawa Britain merupakan salah satu penjual senjata terbesar kepada rejim-rejim penindas dan korup.

STWC menambah, "Britain merupakan salah satu penjual senjata terbesar di dunia dengan catatan sejarah panjang dalam mempersenjatai rejim-rejim seperti Bahrain, Libya, dan Arab Saudi."

Menurut lembaga perdamaian itu, dari 26 negara yang menurut Britain mempunyai laporan HAM yang membimbangkan, London menjual senjatanya ke 16 negara di antaranya. "

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template