Sunday, September 11, 2011

Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik umno


Setelah tembelang pecah, 'umno' diketawakan si pekak dan buta pula!

Buletinonline - Setelah tembelang umno terserlah, bahawa umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara. Kerana selama ini umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli umno bahawa umno yang memperjuangkan kemerdekaan. Apa tidaknya setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946.

Sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar Profesor untuk menjadi penangkis umno. Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi umno sejak di dalam perut emak mereka lagi.

Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik umno. Oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah. Kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta. Saya yakin pemimpin umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat.

Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah kenapa Tunku melaungkan Merdeka?. Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan?. Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?.

Sekarang terbukti siapa yang hendak bohong sejarah. Rasa kesian kepada Profesor upahan umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini. Kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur. Ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan ini, biarkan Majlis Profesor umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini.

****Tulisan Ustaz Idris Ahmad, AJK Kerja PAS Pusat


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template