Friday, September 9, 2011

Penyokong UMNO patut gembira dengan berita ini, lain lah macam kami

BERGEMBIRA LAH! BERGEMBIRA LAH SEPERTI INI APABILA DIKENAKAN CUKAI, APABILA BARANG NAIK, APABILA HARGA MINYAK NAIK, BERGIMBIRA LAH. JIKA ANDA TIDAK BERGEMBIRA, ANDA MENGKHIANATI KERTAS UNDI ANDA KEPADA BARISAN NASIONAL. BERGEMBIRA LAH. JANGAN JADI SEPERTI KAMI(PEMBANGKANG)


Kad prabayar: Perbit bantah Telco letak caj enam peratus



TMI - Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 September ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim menegaskan, tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya dipetik Bernama Online.

Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar Telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

“Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan Telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

otaklunyai on September 9, 2011 at 10:26 AM said...

Duit tu bukan depa makan sorang Bro... cuba tanya pak2 mentri... spa kongsi duit2 tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template