Wednesday, September 28, 2011

Pecah lubang, kesilapan SPR sebenar adalah 0.98% bukan 0.0001%

Kesilapan 0.0001%? putttttttuihhhh! Jika tidak wujud Bersih 2.0 maka tidak wujudlah angka bodoh 0.0001%


70361 digugurkan dan 50000 disiasat: Bukti kejayaan rakyat

Buletin Online - Akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengistiharkan kepada rakyat Malaysia 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato Kamaruddin Mohamed Baria Setiausaha SPR kepada Bernama pada 27hb September 2011. Daripada jumlah pemilih yang digugurkan, terdapat 69,293 adalah pemilih yang telah meninggal dunia dan baki 1,068 pemilih yang telah dilucutkan kewarganegaraannya oleh pihak JPN.

Setiausaha SPR menyatakan bahawa tindakan itu diambil bermula Julai hingga 15 hb Sptember 2011 membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang. Proses pemutihan ini telah melibatkan semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pendedahan terbaharu SPR ini telah menolak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos 2011 yang telah menyatakan bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih. Jumlah ini adalah 0.98 % bukannya 0.0001 % seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR. Jumlah pemutihan yang besar ini juga membuktikan dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan kerani SPR adalah tidak benar. Tidak mungkin kesilapan kerani SPR sehingga melibatkan ratusan ribu data SPR.

Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa pengguguran dan penyiasatan daftar pemilih SPR ini adalah kejayaan rakyat Malaysia dalam mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih terbabit. Desakan ini bermula daripada Himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 dikuti siri-siri pendedahan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia. Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat? Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mahu terus mendesak kepada SPR agar mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang pernah diwartakannya. Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu. SPR tidak boleh berdalih dalam perkara ini kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar sendiri telah mengakui pada 24 Julai 2011 bahawa terdapat kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Soalan ini boleh dipecahkan kepada berikut :

1. Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih.
2. Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama)
3. Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara “71” yang telah digugurkan?

Cabaran yang paling besar dihadapi oleh SPR dalam mengemukakan hasil siasatan di atas adalah halangan daripada Menteri Dalam Negeri yang menjaga Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Tidak mungkin hasil siasatan ini akan dimaklumkan secara telus kepada rakyat selagi kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional(BN). Jika rakyat mahukan maklumat sebenar berkenaan manipulasi kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih SPR maka kerajaan BN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat perlu digembelingkan untuk mengagalkan sebarang bentuk ruang manipulasi dalam pilihanraya akan datang.

SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA.
KETUA PEMUDA PAS JOHOR.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template