Friday, September 16, 2011

Orang islam di Ambon dibunuh dengan sniper oleh puak salib


Innalillahi wa innailaihi rojiun. Ustad Bernard Abdul Jabbar, seorang mualaf dari nasrani yang pernah terlibat dalam gerakan misionaris, menyatakan bahawa angka terkini korban meninggal dunia dari pihak muslim atas kekejaman puak salib telah mencapai 8 orang. Sedangkan dalam keadaan parah sudah mancapai angka 70 orang.

"Terkini pagi tadi dari seorang ikhwah yang ada di sana bahawa 8 orang meninggal dunia dan 70 yang lain mengalami kecerderaan parah." katanya ketika dihubungi Eramuslim.com.
"Kebanyakan mereka dirawat di RS Al Fatah, Ambon." Tambah Ustaz Bernard.

Ustaz yang kini aktif di Hizbud Dakwah Islam (HDI) ini melihat ada usaha pertolongan dari pihak polis selepas meninggalkan dua teksi motosikal. Namun lebih jauh daripada itu, Ustaz yang aktif melawan pemurtadan ini juga melihat bahawa rusuhan Ambon kali ini adalah senario yang masih dimainkan oleh Gerakan Salib.

"Tidak masuk akal hanya kerana dua orang yang terbunuh, aksi menjadi luas serata tempat."
Beliau juga menambah bahawa kaum muslimin dibantai secara brutal oleh puak salib. Mereka mempunyai persenjataan lengkap untuk bertempur dengan umat Islam.

"Puak salib dilengkapi dengan sniper dan anak panah. Salah seorang muslim di sana mencabut anak panah yang menancap di tubuh kaum muslim untuk diperlihatkan sebagai bukti. "

Diterjemah dari globalmuslim


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template