Wednesday, September 21, 2011

Mercedes-Benz ML-Series milik Ghaddafi canggih macam James Bond


Jelas, Muammar Ghaddafi bukan sahaja mempunyai Fiat 500 elektrik custom dijumpai Ogos lalu oleh pemberontak Libya, bekas orang nombor satu di Libya itu juga punya Mercedes-Benz ML-Series "hebat" pengeluaran 2008 dengan harga 3.5 juta euro. 

Kereta ini dibeli Khadafy atas persetujuan Nicolas Sarkozy ketika menjawat sebagai Menteri Dalam Negeri Perancis dan disokong salah seorang kakitangan kepala Claude Gueant pada 2007. Kereta ini memiliki kemampuan khusus kerana dibekalkan teknologi canggih dari syarikat asal Perancis, Amesys.

Kereta ini digelar "hebat" kerana seluruh bodi dan kacanya antipeluru serta mampu memantulkan semua gelombang elektromagnet terletak 91,4 meter di sekelilingnya. Berarti, kenderaan ini antiradar dan boleh mengelak dari bidikan senjata jarak jauh.

Sport utility vehicle (SUV) ini juga kebal dari gangguan medan elektrik yang disekelilingnya. Untuk memudahkan koordinasi, Khadafy juga meminta interior dilengkapi peralatan sistem komunikasi canggih.

Ironinya, Sarkozy yang memegang jawatan Presiden Perancis saat ini justru menjadi orang yang memerintahkan tenteranya mengebom Libya dan menyokong pemberontak untuk menjatuhkan Rejim Khadafy. Sekarang, Khadafy boleh menggunakan kereta "hadiah" dari Sarkozy untuk melarikan diri dengan selamat, tanpa boleh dipantau oleh tentera Perancis. Menarik bukan?!


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template