Thursday, September 29, 2011

MB Terengganu mahu taja 'Mat Rempit' jadi pelumba profesional


'MAT REMPIT' ; AHMAD SAID SUDAH HABIS MODAL, GAGAL SELESAIKAN KEPERLUAN 

BO - Cadangan terbaru Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mahu menaja 'Mat Rempit' untuk menjadi pelumba profesional dianggap sebagai 'orang kehabisan modal'.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pelbagai cadangan dan program yang dilaksanakan sebelum ini, namun hasilnya 'meleset'

Menurutnya, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kononnya untuk 'sifarkan rempit' namun kegiatan merempit terus menjadi-jadi.

"Mad Said dah habis modal, nak taja Mat Rempit jadi pelumba profesional konon, berapa ramai dia boleh taja? Adakah semua Mat Rempit berlumba motosikal?,

"kebanyakkanya 'merempit' kerana bersantai, akibat tidak ada program 'sebenar' menyelesaikan keperluan orang muda,"ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan-cadangan demi cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan sebelum ini termasuk yang dicadangkan oleh Menteri Besar sendiri.

Menurutnya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, pembentangan bajet 2010 pada Disember 2009 kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta untuk Program Pembangunan Belia, termasuk RM5 juta untuk program 'sifarkan rempit'.

Namun dana hasil wang rakyat itu sebenarnya, dilaburkan untuk kepentingan politik Umno dan hanya untuk 'memancing undi' orang-orang muda.

Program sebenarnya, pembangunan insan untuk mengisi jiwa anak-anak muda yang kosong, katanya, tidak dilaksanakan.

"Dalam bajet 2010, pada 13 hingga 16 Disember tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM30 juta konon untuk program Mat Rempit,

"namun wang tersebut digunakan untuk 'Dana Bakti Remaja' dan pelbagai program pancing undi, bukan untuk Pembangunan Insan orang-orang muda,"jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa juta ringgit lagi telah dihabiskan untuk program Himpunan Remaja Terengganu dan penubuhan Kelab Motosikal pada 18 Disember, 2010 dengan maksud untuk menangani gejala rempit.

Namun sebaliknya, kata beliau, ia adalah untuk mempromosikan program politik '1Malaysia' yang ditaja oleh Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak.

Oleh itu, tegas beliau, semua program tersebut tidak meninggalkan kesan dan gagal mendidik orang-orang muda kerana ia hanya berbentuk 'materislistik' semata-mata.

Justeru, beliau menyeru seluruh orang muda untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) yang hanya mementingkan politik untuk mengekalkan kuasa,

"(Saya) minta rakyat tukar kerajaan (pada pilihanraya umum akan datang) PAS ada formula nak selesai masalah (yang dihadapi oleh negeri) Terengganu,

"duit tidak menyelesaikan masalah,"katanya.

Menurut rekod, Ahmad Said pernah meminta ibu bapa merotan anak-anak mereka yang merempit kerana menurutnya ia boleh menyelsaikan masalah sosial tersebut.

Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian kepada pihak media pada 17 Mei, 2011, ekoran kejadian berlaku kemalangan jalanraya yang dilaporkan melibatkan seorang disyakki 'Mat Rempit'.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template