Saturday, September 10, 2011

"Macam-macam ada" pun penyokong UMNO/BN masih bimbang PRU13?

HHRS2.0 - Mereka guna isu Mat Sabu untuk tutup kerja kotor mereka. Isu cukai 6% parpukari dan penyokong UMNO/BN tak usah lah marah dengan pemimpin mereka, bimbang kononnya Putrajaya akan bungkus pada PRU13 dengan tindakan tidak berotak kerajaan najib mengenakan cukai prepaid terhadap rakyat.

Jangan ribut-ribut, kalau aku jadi parpukari atau penyokong kipas susah mati UMNO/BN lain tak perlu nak risau atau takut BN akan bungkus PRU13. Tak akan bungkus punya lah. Mereka tetap boleh menang. Mereka boleh lawan amarah gelombang rakyat yang undi Pakatan. Mereka akan ada biometrik. Mereka ada pengundi hantu. Mereka ada abg besar 'SPR'. Mereka juga pegang permit ceramah. Mereka juga ada media cetak dan media elektronik yang setia berkokok siang malam. Agensi2 pemerintah saling tolong menolong. Mereka ada banyak wang rakyat, wang pembayar cukai untuk dilaburkan. Mereka boleh menang punya lah, walaupun kerajaan Najib Rosmah mengenakan cukai kepala sekali setiap bulan pun, mereka tetap boleh menang. Jangan harap lah dengan 8 tuntuan bersih itu. Apa mereka boleh buat. Apa nak risaukan. Kami pembangkang yang patut risau kena bungkus. 

Bimbang, takut tumbang lagi beberapa negeri pada PRU13 nanti, kena gandakan lagi lah buat tipu helah untuk mengekang gelombang amarah rakyat. Nanti ada lah teori bodoh yang keluar, 'hang tengok tu, Penang, Kedah, Selangor BN tumbang, ini jelas SPR jujur, mana ada pengundi hantu, kalau tak macam mana BN boleh tumbang" Ini teori bodoh. Tsunami rakyat yang mahu perubahan pada PRU 12 yang lepas telah mampu menafikan secara total penipuan dan kerja-kerja kotor BN untuk menang di negeri-negeri tersebut termasuk lah di Kelantan. Apa nak takut, lain lah macam kami pembangkang, kami apa yang ada. Ada cuma undi sah dari rakyat dan doa sahaja.

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya



TMI - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template