Thursday, September 15, 2011

Lord Cromer dan apa kaitannya dengan Malaya. Anda patut tahu siapakah beliau !


Fahamkan betul-betul apa yang telah di tulis oleh keparat Lord Cromer yang telah dihighlight kan itu. 

Lord Cromer, Wakil Tanah Jajahan British di Mesir telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Modern Egypt" yang diterbitkan dalam tahun 1908 di New York oleh Macmillan Co. Lord Cromer adalah seorang yang cukup anti kepada Islam. Setiap dasar yang dibuatnya adalah bertujuan untuk menghancurkan Islam. Dalam buku itu antara lain menyebut ;

1. British tidak akan memberikan kemerdekaan kepada mana-mana tanah jajahannya selagi belum dipastikan ada kumpulan atau puak yang akan meneruskan dasar dan sistem pemerintahan British di bekas tanah jajahan itu nanti.

2. British tidak akan mengizinkan apa-apa sistem atau dasar selain dari sistem British yang telah mereka aturkan untuk dilaksanakan di bekas tanah jajahannya itu.

3. Untuk menegakkan negara Islam walau barang satu minit, adalah tidak akan dibenarkan sama sekali.

Tidak hairan jika sebelum merdeka, Perlembagaan Rakyat yang dibentangkan oleh golongan haluan kiri yang tidak sebulu dengan UMNO itu, dibakul sampahkan oleh penjajah British.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

Inilah yg di katakan penjajah. Kenyataan yg menjajah kita agar kita terpaksa menurut segala arahan/perintah tanpa engkar. Setiap apa yg hendak dilakukan mestilah atas persetujuan mereka.
Penjajah yg menakluki mental dan fizikal kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template