Saturday, September 17, 2011

Jalan sepanjang 40 KM KT - K.Berang dengan 28 traffic light


HHRS 2.0 - Macam-macam cara nak baham duit. Jalan sepanjang 40 KM dengan 28 buah lampu isyarat. Jalan lurus tapi tiada gunanya jalan yang lurus bersepah-sepah dengan traffic light. Satu set harga traffic light itu dianggarkan RM 150 ribu darab la dengan 28 buah traffic light. Macam mana songkok tak tiga jengkal. 



28 LAMPU ISYARAT SEPANJANG 40 KILOMETER

Buletin Online - “Saya tidak nafikan kemungkinan ada pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan mengaut keuntungan, saya difahamkan, harga bagi satu set lampu isyarat RM150,000 setiap unit bayangkan kalau ada 28 set,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid.

Beliau menyelar pihak parti yang memerintah, Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana gagal mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

[Gambar; Haji Muyiddin melayani anak-anak muda yang turut menjadi tetamu Majlis Sambutan Hari Raya DUN Kuala Berang]

Menurutnya, matlamat membesarkan jalan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang tidak mencapai matlamat apabila terlalu banyak lampu isyarat yang dipasang sepanjang jalan tersebut.

"Sekarang ini menjadi rungutan di kalangan masyarakat, matlamat meluaskan jalan ini supaya perjalanan menjadi lebih lancar, cepat dan menjimatkan,

"tapi dengan 'banyaknya' traffic light (lampu isyarat) yang ada sekarang ini ada 28 lampu isyarat, sedangkan jarak perjalanan hanya 40 kilometer,"jelasnya ketuika bercakap kepada pihak media pada Majlis Sambutan Hari Raya DUN Kuala Berang pada Rabu, 14 Sptember

Menurutnya, dengan jumlah sebanyak itu, nisbahnya tidak sampai jarak setiap dua kilometer ada satui lampu isyarat.

Katanya, itu tidak termasuk lagi jalan yang sedang dlam pembinaan di antara pekan Wakaf Tapai dengan bandar Bukit Payong.

Oleh itu beliau yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu menyarankan supaya pihak berkenaan mengkaji semula kemudahan lampu isyarat tersebut.

Menurutnya ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kerap berlaku kemalangan terutamanya pada musim perayaan.

"Kita dapati pada (sanbutan) Hari Raya (Edul Fitri) baru ini, kesesakan (lalulintas) yang melampau (berlaku), banyak accident (berlaku kemalangan) langgar belakang (kereta) apabila yang depan 'brake' yang belakang langgar,"tegasnya.

Menurutnya, sekiranya jalan yang sedang dalam pembinaan turut dipasang dengan lampu isyarat apabila ia siap kelak, dianggarkan sebanyak 40 lampu isyarat dalam jarak perjalanan 40 kilometer.

Berdasarkan harga satu set lampu isyarat RM150,000 menurut Haji Muhyiddin, harga keseluruhannya mencecah RM600,000.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template