Thursday, September 29, 2011

Hudud: Misi Lord Cromer tercapai?


Lord Cromer adalah seorang Gabenor Inggeris di Mesir dan Sudan. Si keparat British ini cukup anti dengan Islam. Si keparat British ini pernah menulis bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar, idea-idea dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat.


Dalam sebuah buku bertajuk Modern Egypt hasil tulisan si keparat British ini yang telah diterbitkan pada tahun 1908, antara yang terkandung dalam buku tersebut adalah:

1. British tidak akan memberikan kemerdekaan kepada mana-mana tanah jajahannya selagi belum dipastikan ada kumpulan atau puak yang akan meneruskan dasar dan sistem pemerintahan British di bekas tanah jajahan itu nanti.

2. British tidak akan mengizinkan apa-apa sistem atau dasar selain dari sistem British yang telah mereka aturkan untuk dilaksanakan di bekas tanah jajahannya itu.

3. Untuk menegakkan negara Islam walau barang satu minit, adalah tidak akan dibenarkan sama sekali.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template