Sunday, September 18, 2011

Bersolat jalanan di Paris akan ditahan

Ketahuan Shalat di Jalanan Paris, Bakal Ditahan

Muslim yang dijumpai bersolat jalanan di Paris akan ditangkap di bawah undang-undang baru. Menteri Dalam Negeri Perancis Claude Gueant mengatakan solat di jalan-jalan menyentuh sensitiviti warga Perancis.

Mr. Gueant, seorang ahli politik sayap kanan yang ingin menjunjung tinggi sifat sekular Republik Perancis, berkata undang-undang itu akan diperluaskan ke bandar-bandar besar lain.

Peraturan itu juga akan menjangkau tempat-tempat seperti Lyon dan Marseilles, tempat ribuan komuniti muslim Perancis yang berpenduduk 5 juta orang.

"Solat di jalan tidak bermaruah untuk amalan agama dan melanggar prinsip-prinsip sekularisme. Semua pemimpin muslim telah sepakat," ujar Gueant.

Langkah ini menyusul langkah Perancis sebelumnya menjadi negara pertama di Eropah yang melarang burka pada April lalu, sehingga haram bagi wanita Islam menutup wajah mereka di depan umum.

Berkaitan solat di jalanan, pemimpin National Front Marine Le Pen mengatakan hal itu menjadi suatu tindakan fundamentalis secara politik kerana beribu-ribu lelaki yang terlibat kelihatan seperti tentera pendudukan.

Namun Sheikh Mohamed Salah Hamza, yang menguruskan sebuah masjid di utara Paris, menuduh kerajaan melayan dia dan rakan-rakannya sesama muslim seperti haiwan ternakan. Dia meminta polis bertindak dengan peka.

Abdul Sidiqi, warga muslim yang lain, mengatakan: "Ini contoh lain langkah kerajaan membasmi muslim dan cara hidup muslim."

"Jika mereka tidak mahu melihat kami di jalanan, mereka harus menyediakan lebih banyak masjid. Apa yang berlaku adalah skandal."

Kewangan untuk tempat ibadah oleh dana negara dilarang di bawah undang-undang Perancis 1905 yang memisahkan gereja dan negara.

Meskipun demikian, Mr. Gueant mengatakan ada 2000 masjid di Perancis, dengan lebih daripada separuh dibina selama sepuluh tahun terakhir.

Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis mengatakan bangunan kosong, termasuk stesen bomba di utara Paris, akan ditawarkan kepada jemaah Islam sementara mereka menunggu masjid baru yang akan dibina.

Diterjemah oleh fiqhislam

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

bpk muliadi on January 20, 2016 at 8:23 PM said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template