Thursday, September 29, 2011

Azab: Amerika Syarikat kini diserang


Setakat ini 13 kematian akibat wabak jangkitan bakteria yang disebabkan oleh Listeria di lapan lokasi di Amerika Syarikat, dan jumalh korban dijangka akan meningkat.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS mengatakan bahawa sejak Julai lalu, dua orang telah meninggal kerana Listeriosis di Colorado, empat di New Mexico, dua di Texas dan masing-masing di Kansas, Maryland, Missouri, Nebraska dan Oklahoma, Denver Post melaporkan pada hari Selasa (27 / 9).

Food and Drug Administration (FDA) AS mengatakan bahawa mereka telah mencari Listeria monocytogenes, dalam sampel tembaikai yang diambil dari sebuah pertanian yang berpusat di Denver, yang bernama Jensen Farms.

Jensen Farms sendiri telah menarik balik semua tembaikai Rocky Ford mereka sejak 14 September lalu sebagai respon terhadap wabak Listeria.

Setakat ini, sudah ada 72 orang yang dijangkiti di 18 negara bahagian AS, termasuk 15 di Colorado.

FDA telah menyarankan pelanggan untuk tidak mengambil tembaikai sehingga ianya jelas adakah tembaikai punca jangkitan.

Listeria adalah jenis bakteria yang umum ditemui di tanah, air, tanaman mati dan kotoran haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan masalah demam, diare dan lain-lain tetapi relatif kecil kesannya pada orang dewasa sihat, tetapi boleh mengakibatkan fatal bagi wanita tua hamil dan orang dengan sistem imun tubuh yang lemah.

Pada tahun 1998 hingga 1999, listeria menyebabkan 14 kematian, dan empat keguguran atau bayi yang baru lahir mati.

Diterjemah dari eramuslim

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template