Thursday, September 8, 2011

Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak

NONE

Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid

MK - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

"Polis kalau orang lain buat laporan, cepat sangat ambil tindakan. Kalau Mat Sabu buat report. silap-silap dia kena tangkap.

"Itu yang kita tengah bincang nak buat report atau tidak," kata Mohamed Hanipa yang menyifatkan kandungan SMS itu mengandungi unsur jenayah.

Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Memang haram jadah pun komen ni

 


  • Kafir Harbi Jihad ·  Pengulas Tertinggi
    ke bini org ln y mat labu labi kena tangkat khwat tmpoh hr

    • Gkaran Gee ·  Pengulas Tertinggi · Sek men keb tunku putra
      mcm haram jadah hg punya komen.....

    • Arteta Harith ·  Pengulas Tertinggi
      haha... lagi sekali aku tergelak besar... ini skrip lama pembangkang...dulu masa Karpal Singh kata UMNO celaka pun dia kata terima ugutan bunuh tp sampai la ni hidup lg... sekarang Mat Sabu pula cakap kena ugut simbah asid...hehe.... sendiri hantar sms sendiri takut...hehe..kui, kui..

    • Jafni Shuib · Bekerja di Jabatan Laut Malaysia
      laki orng kena tangkap khalwat dengan bang mat dulu kot yang ugut ni.. atau anak2 dia ka


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template