Saturday, August 20, 2011

Warisan Merdeka 100 tingkat, warisan dari Najib untuk rakyat. Mereka bina kita tanggung


Reka bentuk Warisan Merdeka 100 tingkat siap akhir tahun



TMI - Kerja-kerja mereka bentuk bagi cadangan menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, yang muncul kontroversi penghujung 2010, dijangka siap menjelang akhir tahun ini, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Cadangan pembinaan menara itu diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, perbincangan mengenai kerja-kerja mereka bentuk mercu tanda itu mengambil masa yang lama memandangkan pihaknya melihat projek itu secara menyeluruh.

“Kita kena lihat bukan setakat bangunan 100 tingkat itu sahaja tetapi kita turut melihat keseluruhan infrastruktur, jalan dan utiliti,” katanya dipetik Bernama Online.

Projek pembangunan bersepadu itu yang bernilai RM5 bilion dan akan dibangunkan oleh PNB, terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Pembinaannya dijangka siap pada 2015.

Pengkritik menganggap projek pencakar langit itu tidak perlu di ibu negara buat masa sekarang memandangkan ia akan menelan berbilion ringgit.

KLIK IKLAN TABUNG BULUH BLOG INI Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template