Saturday, August 27, 2011

Vitamin E Tingkatkan Risiko Stroke

Vitamin E Tingkatkan Risiko Stroke

Berita cukup mengejutkan datang dari laporan kajian yang terkandung dalam British Medical Journal mengenai kaitan antara vitamin E dengan stroke. Disebutkan bahawa pengambilan suplemen vitamin E boleh meningkatkan risiko serangan stroke.

Para saintis dari Perancis, Jerman dan Amerika, menganalis sembilan kajian yang melibatkan 119000 orang. Mereka mendapati bahawa untuk setiap 1250 orang terdapat risiko terkena stroke atau pendarahan di dalam otak yang disebut haemorrhagic stroke. Namun belum diketahui pada kadar berapa vitamin E jadi berbahaya.

Haemorrhagic stroke merupakan salah satu jenis stroke yang banyak berlaku. Biasanya serangan ini terjadi jika pembuluh darah yang membekalkan darah ke otak pecah sehingga otak tidak cukup mendapat oksigen. Para ahli mencari vitamin E akan meningkatkan risiko stroke ini hingga 22 peratus.

Di lain pihak, vitamin E sebenarnya justru mengurangkan risiko stroke iskemik hingga 10 peratus. Stroke iskemik terjadi ketika terjadi sumbatan pembuluh darah yang membawa oksigen ke otak.

Meskipun begitu, para ahli menyatakan bahawa melakukan pengubahsuaian gaya hidup dan menjaga agar kadar kolesterol dan tekanan darah tetap normal jauh lebih bererti untuk mencegah stroke daripada minum vitamin E.

Diterjemah dari fiqhislam

Free advertising

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template