Thursday, August 4, 2011

Tradisi 'Meriam Ramadan' di Mesir


HHRS 2.0 - Dentuman meriam menjadi simbol sukacita di Mesir. Di masa lalu, bunyi tembakan senjata perang itu digunakan sebagai alat komunikasi yang menandakan waktu berbuka puasa. Bukan untuk menyebarkan rasa takut.

Meriam yang dikenali dengan sebutan 'Midfar Al Iftar' atau 'Meriam Iftar' adalah sebahagian daripada tradisi kuno Ramadan di Mesir. Tidak hanya menandakan waktu berbuka, tapi juga waktu imsak atau permulaan puasa.

Asal usul 'Meriam Ramadan' bermula pada 865 Hijrah, ketika pemerintahan penguasa Ottoman Khooshghadam. Bermula semasa Ottoman yang berkuasa di Mesir ketika itu sedang bermain dengan meriam barunya di kawasan istana. Tanpa sengaja, meriam itu meletus dan suaranya bergema ke seluruh tanah Mesir. Masyarakat spontan menganggapnya sebagai tanda berbuka puasa.

Keesokan harinya, bunyi dentuman itu tidak terdengar lagi, sejumlah ketua bertandang ke istana Ottoman agar suara dentuman itu diperdengarkan lagi sebagai tradisi untuk menandakan buka puasa.

Dalam lawatan itu, mereka disambut isteri Ottoman, Hajja Fatma, yang mengatakan bahawa Ottoman setuju. Meriam itu pun diberi nama 'Hajja Fatma' sebagai penghormatan kepada wanita yang telah meluluskan tradisi kuno tersebut.

Tradisi tersebut dan diperkenalkan di Dubai, semasa pemerintahan Shaikh Saeed Al Maktoum (1912-1958). Lalu, tersebar ke negara Teluk lain termasuk Kuwait di era Syaikh Mubarak Al-Sabah, 1907. Di masa kini, beberapa negara masih mengabadikan tradisi itu setiap Ramadan.

Kapten Mohammed bin Mussabah mengatakan, saat pemerintah Dubai menggunakan empat meriam bekas senjata Perang Dunia II. Keempat meriam ditempatkan di Musalla Deira, Musalla Karama, Al Ras, dan di luar gerbang taman Al Safa. Di Dubai, tugas menembak meriam memang menjadi tanggungjawab polis.

Diterjemah dari fiqhislam

1 comments:

Anonymous said...

kalau tak silap saya, di kedah dulu-dulu, depa tembak meriam tanda buka posa,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template