Friday, August 19, 2011

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong



MK - Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONE
Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. 

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONE
Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaanmanipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONE
Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".


1 comments:

otaklunyai on August 19, 2011 at 12:23 PM said...

Sudah amat jelas dalam perlembagaan menyebut bahwa YDT Agong adalah pemerintah tertinggi ATM. Namun bila perlantikan jawatan Jeneral adalah selalunya adalah lantikan politik disinilah bermulanya masalah. Lantikan politik disini bermaksud ianya dibawah persetujuan pimpinan amno laknat... walhal itu adalah hak YDT Agong. Jadi jeneral2 yg dilantik adalah bukan berdasarkan kebolehan, taat-setia, kejujuran, semangat kepahlawanan, pengalaman, kualiti kepimpinan tetapi adlah mengikut sejauhmana kebolehan jeneral yg akan dilantik akan dijadikan lembu amno laknat... sebab kegunaannya adalah seperti yg telah berlaku selama 53 tahun, penipuan undi utk memastikan amno laknat berkuasa atas alasan boddoh iaitu ketuanan melayu.. jadi jeneral2 ni akan ditarik hidungnya jika cuba melawan akan samada ditamatkan perkhidmatan, turun pangkat, ditukar (istilah kera-jaan diKolamkan) dan macam2 lagi tindakan selagi sesuai dgn kehendak amno laknat... perkara ni memang berlaku dan kita semua tahu cuma puak2 laknat ini menafikan sekeras2nya supaya kekal berkuasa... Mudah2an Allah melaknat mereka yg khianat dan bersubahat mengkhianati negara dan rakyat. AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template